spot_img

Khemah Peniaga Pantai Teluk Kemang Mendapat Bantahan Orang Ramai Kerana “Semak Dan Rimas”

- Advertisement -

LAPORAN berita dari media Berita Harian baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai di media sosial apabila kebanyakan netizen bersetuju bahawa khemah sewa yang didirikan di sepanjang Pantai Teluk Kemang menganggu pemandangan indah di kawasan tersebut. Sebahagian daripada pengunjung yang ditemuramah oleh Berita Harian turut merasa rimas.

Salah seorang pengunjung, Johar Ahmad berkata bahawa dia merasa bahawa kawasan pantai itu hilang ‘seri’ apabila kebanyakan khemah didirikan sehingga menutup pemandangan pantai. Dia berkata bahawa kebanyakan keluarga tidak dapat bersantai di tepi pantai kerana sepanjang kawasan pantai tersebut dipenuhi khemah sewa.

“Bukan semua orang mampu sewa khemah dan kami pun paling lama hanya dua jam mandi laut, tetapi pemandangan cantik hilang dan lebih parah kami tak nampak anak yang sedang mandi kerana terlindung daripada pandangan,” kata bapa kepada lima anak berusia antara tiga hingga 15 tahun itu.

- Advertisement -

Salah seorang netizen di Facebook turut berkongsi pandangan beliau, “Kalau pergi mana-mana pantai di Malaysia, masih belum ada lagi yang pacak khemah sewa ini. Sebenarnya benda ini menganggu dan annoying.”

Manakala salah seorang netizen turut mendakwa bahawa kehadiran khemah di kawasan Pantai Teluk Kemang tidak mencantikkan kawasan itu, tetapi lebih kepada ‘menyemakkan’, “Semak juga bila didirikan khemah di tepi pantai ini, ganggu orang nak layan suasana pantai,” katanya.

- Advertisement -

Melalui laporan Berita Harian, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa bahawa peningkatan kehadiran pengunjung ke Pantai Teluk Kemang ini terjadi disebabkan cuti sekolah dan perayaan Tahun Baharu Cina.

Selain itu, pihak MPPD turut mengesahkan bahawa mereka sentiasa memantau situasi di kawasan Pantai Teluk Kemang, “Keputusan untuk membenarkan peniaga khemah berniaga sekiranya terdapat permintaan daripada pengunjung masih kekal. Perkara ini sentiasa dalam pemantauan MPPD dan dijangkakan keadaan akan kembali seperti biasa apabila cuti sekolah dan Tahun Baharu Cina berakhir pada minggu ini,” katanya.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL