spot_img

Dakwaan 10 Lelaki Bersenjata “Warga Filipina” Ceroboh Lahad Datu Disiasat

- Advertisement -

PASUKAN Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sedang menyiasat dakwaan lebih 10 lelaki bersenjata dipercayai warga Filipina menyusup masuk ke Lahad Datu di sini melalui perairan Tambisan.

Melalui laporan Malay Mail, Komander ESSCOM DCP Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata perkara itu masih dalam siasatan. Dia turut mengesahkan bahawa ketika ini keadaan di Zon Keselamatan Timur Sabah (ESSZone) dalam keadaan baik dan terkawal.

Menurut sumber, seorang lelaki mendakwa melihat lebih 10 individu mencurigakan, bersenjata dan berpakaian seolah menyamar, memasuki Sabah melalui perairan Long Patau di Tambisan minggu lalu. Lelaki itu turut mendakwa kesemua lelaki itu dipercayai warga Filipina berdasarkan perbualan mereka dalam bahasa Suluk.

- Advertisement -

Pada December lalu, dakwaan sebuah portal media antarabangsa, South China Morning Post bahawa terdapat satu mesyuarat dihadiri oleh 19 datuk bandar telah diadakan di Selatan Filipina dengan tujuan untuk merangka serangan seterusnya ke atas Sabah.

Gambar sekadar hiasan.

Selain itu, mesyuarat yang diadakan pada 1 Disember lalu dan diaturkan oleh pegawai kanan kerajaan tempatan di selatan Filipina turut bertujuan untuk merekrut ahli baharu kumpulan tersebut.

Difahamkan bahawa Februari 2022 dipilih sebagai hari untuk menyerang Sabah adalah disebabkan untuk ‘memperingati’ pencerobohan Lahad Datu pada 2013 serta didorong oleh kegagalalan pewaris Kesultanan Sulu mendapatkan persetujuan dengan kerajaan Malaysia bagi menyelesaikan isu hak ke atas Sabah.

- Advertisement -

Artikel Berkaitan: 19 Datuk Bandar Dari Selatan Filipina Rancang Mahu Serang Sabah Februari 2022?

Tambah sumber itu lagi, sekitar 150 sehingga 200 pengintip sudah diarahkan untuk ke Lahad Datu dan Semporna bagi mengintip kawasan di sana. Laporan itu juga menyebut kemungkinan dua pantai utama itu bakal menjadi kawasan pertama yang akan diceroboh oleh pasukan pengganas.

Gambar sekadar hiasan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL