Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Kenapa Air Mineral Jenama Evian Mahal Harga Bangsawan?
spot_img

Kenapa Air Mineral Jenama Evian Mahal Harga Bangsawan?

- Advertisement -

JENAMA air Evian kini mula hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. RM4.50 untuk sebotol air mineral sudah tentu kedengaran sangat mahal. Ditambah pula air jenama Evian ini hadir di tengah-tengah mesyuarat yang dihadiri oleh Perdana Menteri Ismail Sabri yang membincangkan mengenai kos sara hidup rakyat Malaysia.

Perdebatan ini berlaku setelah tular sebuah video yang dimuat naik oleh Perdana Menteri di laman Twitter miliknya. Di dalam video tersebut, kelihatan sebotol air berjenama Evian di atas meja.

Menurut ciapan di Twitter Perdana Menteri, mesyuarat khas tersebut memutuskan harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.10 kepada RM8.90 sekilogram. Harga berkenaan ditetapkan dari tempoh 5 Feb hingga 5 Jun.

- Advertisement -

Apa yang menjadi masalah bagi warganet adalah mereka yang menghadiri mesyuarat yang membincangkan kos sara hidup dihidangkan setiap seorang dengan sebotol air Evian 500ml.

Menurut salah seorang netizen, gaji yang diperoleh oleh mereka yang hadir ke mesyuarat tersebut mungkin mencecah sehingga RM1 juta sebulan, tapi hasil akhir mesyuarat tersebut hanya berjaya menurunkan harga ayam sebanyak 20 sen. Tambah beliau lagi, yang penting makanan dan minuman yang dihidangkan ‘kena sedap’ dan videonya ‘mesti gempak’.

- Advertisement -

Salah seorang netizen pula menyatakan bahawa harga sebotol 1.5 liter air berjenama Evian hampir sama dengan 1kg ayam. Manakala sebahagian netizen pula mempersoalkan mengapa air berjenama mahal dihidangkan dalam satu mesyuarat yang sedang membincangkan kos sara hidup rakyat yang kian tidak menentu.

Kata netizen lain, apa yang dipersoalkan oleh orang ramai bukanlah tentang air tersebut atau jenamanya, namun gambaran yang diberikan – bermewah-mewah dalam satu mesyuarat yang sedang membincangkan kos sara hidup rakyat. Umpamanya, anda merungut ruang parkir di pusat beli belah mahal sambil mulut anda sedang sibuk mengunyah hidangan beef wellington di salah sebuah restoran ternama.

Kenapa air jenama Evian mahal?

Untuk pengetahuan anda, air Evian terkenal dengan harga yang tinggi dan kualiti yang baik. Ia adalah salah satu air minuman mahal yang boleh didapati pada harga RM4.50. Untuk sebotol air dengan harga hampir sepinggan nasi bujang sudah tentu terasa mahal, namun ada sebab mengapa air ini dikelaskan sebagai ‘air dari kayangan.’

- Advertisement -

Persoalan yang besar di sini adalah mengapa air ini begitu mahal? Padahal ia hanya sebotol air, sama saja seperti jenama-jenama air yang lain.

Pertama, memetik laporan Loan Street SG dan Yahoo News, jenama air Evian bukanlah jenama biasa. Ia sudah melabur banyak wang untuk memastikan bahawa jenama mereka mendapat pengiktirafan dari segi kesihatan dan brand awareness. Jenama ini bukan sahaja melabur dalam pemasaran, namun dalam pelbagai acara, termasuk Terbuka AS dan Wimbledon. Reputasi dan kepercayaan yang diberikan oleh Evian menjadikan mereka air dengan kelas tersendiri.

Selain itu, jenama Evian datang dari wilayah tenggara Perancis yang dipanggil Rhone-Alpes. Jika anda di Perancis atau bahagian lain negara Eropah, air ini mungkin lebih murah daripada harga di Malaysia. Namun untuk sampai ke negara-negara di Asia Tenggara, kos untuk mengedar jenama air Evian ini akan menjadi lebih mahal. Kos pemasaran yang dikeluarkan oleh Evian perlu berfungsi selari dengan pengedaran air tersebut. Jadi harga tinggi air Evian sedikit sebanyak meliputi kos pengedaran global.

Bagi production cost pula, Evian menggunakan botol dari bahan yang mudah dikitar semula. Menurut laman web mereka, Botol jenama Evian diperbuat daripada bahan yang dipanggil polyethylene terephthalate (PET), yang mempunyai proses pembuatan yang kompleks. Untuk menghasilkan botol dengan kualiti 100% rPET bukanlah murah. Bahan itu sendiri mahal, dan ia juga memerlukan ujian yang meluas untuk memastikan bahawa botol itu selamat dan boleh dikitar semula. Semua ujian itu menambah kos keseluruhan botol.

Tambahan daripada itu, air yang dikeluarkan oleh Evian juga kaya dengan kalsium dan magnesium. Kalsium memastikan tulang anda kuat, peredaran jantung yang baik dan membantu untuk menurunkan berat badan. Ia adalah sumber air semula jadi yang bukan sahaja bertujuan untuk menghilangkan dahaga, namun membantu tubuh anda menjadi lebih sihat.

 

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL