spot_img

2 Ekor T-REX “Bermesra” Di Atas Lori Tarik Perhatian Di Atas Jalan Raya

- Advertisement -

BARU-BARU ini tular di laman sosial sebuah video berdurasi 23 saat memaparkan dua ekor haiwan reptilia dinasour yang sedang berada di atas lori. Video diakhir artikel ini.

Kenderaan itu membawa haiwan prasejarah yang dikenali sebagai T-Rex itu ke The Top Komtar dan ditempatkan di lokasi tarikan terbaharu di Pulau Pinang.

“Difahamkan kelibat dua ekor T-Rex itu mengejutkan pengguna jalan raya, ramai yang menjenguk keluar dari tingkap kereta masing-masing untuk menyaksikan haiwan berkenaan lebih dekat.”

- Advertisement -

Apa yang menjadi perhatian ramai apabila dinasour itu kelihatan sangat mesra ketika dalam perjalanan di atas Jambatan Pulau Pinang.

Ujar mereka;

- Advertisement -

“Sembang apa la agaknya ya, rancak bebenor… suka dapat naik lori agaknya tu.”

“Dok diam-diam dahla atas lori tu. Dok lawan berganyang tu nti tebuka pintu belakang lori dah kembali pupus.”

“seronok eh bercinta atas lori. Tak ada siapa nk marah… kemain eh!”

- Advertisement -

“Ni klu anak-anak tengok ni mau dia paksa suruh kejar lori tu.”

“Ngejek kat keta belakang leteeww dia boleh naik lori. Tu yang nyanyi-nyanyi sampai terjeler tu.”

Sementara itu, memetik laporan media tempatan, menurut Pengarah Operasi Top Komtar, Kevin Lai, dinosaur berkenaan merupakan gimik promosi organisasinya.

Pihaknya membawa dinosaur menaiki lori bagi mempromosikan tarikan di The Top sekitar pukul 11 pagi Isnin (31 Januari).

Katanya, ia bertujuan untuk menularkan gambar atau video dinosaur tersebut untuk mempromosikan pelancongan di Pulau Pinang.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL