spot_img

Bapa Terjumpa Anak Kerja “Drive-Thru” Selepas 3 Tahun Berjauhan Tanpa Khabar Berita

- Advertisement -

BERPISAH atau berjauhan dengan insan tercinta sangat perit lebih-lebih lagi jika mereka adalah darah daging sendiri.

Sudah pasti perasaan rindu itu akan membuak-buak di dalam dada sehinggalah kita dapat bertemu dengan insan tersebut.

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ibu sanggup bertarung nyawa melahirkan kita bagi mengenal apa itu dunia.”

- Advertisement -

Kasih sayang seorang bapa, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya.

Begitu juga dengan perkongsian di laman Tiktok @beduk_52 ini apabila seorang bapa terpaksa berjauhan dengan anaknya sendiri sudah lebih 3 tahun. Video diakhir artikel ini.

Sebak dibuatnya apabila si bapa berkongsikan video pertemuan yang tidak disangka dengan anak perempuan tersayang ketika membeli makanan secara pandu lalu.

Gambar sekadar hiasan.
- Advertisement -

Ujarnya, kali terkahir berjumpa dengan gadis tersebut tiga tahun yang lalu.

“Last jumpa hujung tahun 2018… call susah dapat, wassap pon kadang 1 tick.. hanya doa je mampu kirimkan tiap hari mohon ALLAH lindungi dia,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.

Apa yang amat menyedihkan apabila gadis tersebut meluahkan rasa rindu kepada ayahnya serta terus menangis sebak.

- Advertisement -

Ternyata pertemuan tidak dijangka tersebut membuatkan ramai sayu dan mengalirkan air mata sekali gus ada yang teringatkan bapa di kampung mahupun yang telah meninggal dunia.

Reaksi beberapa warga maya:

“Berjurai air mata saya tengok kasih sayang anak dan bapa ni… Moga bahagia selalu. Saya rindu nak dengar arwah abah saya panggil saya ‘kakak’.”

“Banyak kali saya ulang tengok, tak perasaan mata masuk habuk, semoga ALLAH permudahkan segala urusan anak dan ayahnya.”

“Berjurai air mata saya ya ALLAH… rindu seorang anak kat ayah dia.”

“Sedih bang… ALLAH pertemukan anak abang ada hikmahnya… harta dunia akhirat tu.”

“Nanti jumpa luang masa bang dengan ank tu. Ada banyak nak diluahkan sebenarnya. Jangan menjauh walaupun dijauhkan. Semoga dipermudahkan setiap urusan kita.”

Rakaman yang tular

@beduk_52Speechless

♬ bunyi asal –

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL