spot_img

Tahan Trafik Demi Laluan VVIP Sehingga Menyebabkan Kemalangan Tetapi Mangsa Dibiarkan

- Advertisement -

SEBELUM ini tular video memaparkan ambulan terpaksa berhenti demi memberi laluan kepada VVIP. Kini, sekali lagi muncul isu menghentikan trafik untuk melancarkan perjalanan VVIP.

Menerusi video yang tular, dapat dilihat pihak polis menghentikan trafik untuk memberi laluan kepada VVIP lalu mengakibatkan dua buah kereta kemalangan iaitu kereta Wira dan kereta Kelisa.

Video yang tular:

- Advertisement -

Kemalangan tersebut berlaku apabila kereta Wira berhenti mengejut selepas anggota polis memberikan isyarat untuk berhenti dan kereta Kelisa yang berada di belakang kereta Wira berkemungkinan tidak sempat untuk menekan brek lalu melanggar kereta Wira itu.

Kemudian, konvoi VVIP dilihat melalui jalan tersebut ketika kemalangan tersebut berlaku. Kejadian ini dipercayai berlaku di Kuching, Sarawak dan video kemalangan ini menjadi bualan netizen.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pihak polis yang memberikan laluan kepada VVIP sehingga berlakunya kemalangan. Malah, para netizen turut menzahirkan rasa bengang apabila para konvoi VVIP itu hanya berlalu pergi ketika kemalangan berlaku dan tidak menghulurkan bantuan.

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, netizen turut kecewa kerana perkara ini terjadi semata-mata untuk melancarkan laluan VVIP. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung kejadian ini.

Reaksi beberapa warga maya

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL