Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Kronologi Penuh Tragedi Rayan Terjatuh Ke Dalam Perigi 32 Meter
spot_img

Kronologi Penuh Tragedi Rayan Terjatuh Ke Dalam Perigi 32 Meter

- Advertisement -

TULAR sejak kelmarin apabila kecoh dimedia sosial terutamanya Facebook apabila seorang kanak-kanak yang hanya berusia 5 tahun telah dikatakan terjatuh kedalam perigi semasa mengikut ayahnya untuk membaik pulih perigi kering berhampiran dengan rumah mereka pada 1 Februari 2021.

Namun, tidak siapa menyangka bahawa kanak-kanak tersebut boleh terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter dan hanya disedari oleh ayahnya ketika mendapati anaknya hilang.

No photo description available.

- Advertisement -

Ayahnya menyatakan beliau puas mencari anaknya disekitar kawasan yang telah dilewati namun ayahnya gagal menemui anaknya sehinggalah beliau tersedar bahawa anaknya telah terjatuh ke dalam perigi tersebut.

Tanpa membuang masa, beliau kemudiannya mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung untuk membantunya mengeluarkan anak kesayangannya itu. Akan tetapi usaha mereka gagal dan menemui jalan buntu apabila kedalaman perigi tersebut mencecah 32 meter dan ukur lilit hanya 24 sentimeter lebar sahaja.

May be an image of 5 people and outdoors

- Advertisement -

Apatah lagi lubang perigi tersebut bertukar menjadi semakin sempit megikut jarak kedalaman perigi tersebut dan menyebabkan mereka mula menghubungi pihak berkuasa untuk membantu mengeluarkan Rayan.

Pihak berkuasa mula menjalankan misi menyelamat Rayan dengan menghantar corong oksigen, lampu, air minuman, makan serta kamera untuk memantau keadaan Rayan. Dari situlah pihak berkuasa telah mengesahkan bahwa Rayan masih hidup sehingga ahad dengan mengawasi keadaan mangsa menggunakan kamera tersebut.

May be an image of 1 person and outdoors

- Advertisement -

Banyak pihak berkuasa penyelamat memberikan pelbagai cadangan serta bantuan contohnya menghantar seseorang ke dalam perigi tersebut dan membawa Rayan naik semula ke atas menggunakan tali. Akan tetapi cadangan tersebut terpaksa ditolak kerana kelebaran lubang perigi tersebut semakin mengecil apabila menghampir dasarnya.

Oleh disebabkan itu, maka mereka tidak mempunyai pilihan lain dengan menggali bertan-tan tanah sedalam 30 meter lebih daripada sisi untuk mengeluarkan Rayan. Menurut laporan, cara ini sangat berisiko tinggi memandangkan situasi tanah runtuh boleh berlaku apabila mereka mendekati lokasi Rayan dan pada ketika dilaporkan hanya beberapa meter sahaja tinggal untuk digali sebelum mereka tiba kepada ruang bahagian Rayan.

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

Pada Sabtu dikhabarkan hanya tinggal 4 meter sahaja ataupun 180 sentimeter dari posisi kedudukan Rayan. Manakala doktor pula telah bersedia berhampiran dengan kedudukan Rayan untuk memeriksa keadaan Rayan sebelum dibawa keluar.

Kronologi Kejadian:

1) 1 Feb 2022: Rayan mengikuti bapanya untuk membaiki sebuah perigi berdekatan dengan rumah. Bapanya tidak perasan bahawa anaknya sebenarnya sudah hilang dan akhirnya dilihat Rayan sudah berada didalam perigi kering tersebut.

Bapanya cuba meminta tolong dari kejiranan namun hampa kerana kedalaman perigi serta tiada peralatan yang tepat untuk turun kebawah.

2) Bantuan dari pihak berkuasa diminta dan mereka menghantar pandangan kamera bagi memastikan bahawa Rayan masih lagi bernyawa.

3) Keadaan perigi yang sempit menggagalkan cubaan mereka bagi menghantar seorang rescuer. Keadaan semakin dalam dan semakin sempit ini membuatkan mereka hilang udara dan tekanan juga semakin tinggi.

Bahkan cubaan seorang kanak-kanak yang menawarkan diri untuk turun kebawah pun gagal kerana pengudaraan yang tidak stabil.

4) Bekalan corong udara, minuman, makanan dan lampu dihantar kepada Rayan menggunakan tali (bersamaan sebuah kamera)

5) Misi penyelamatan ini siap melibatkan arkitek bagi mencari idea menyelamat dan akhirnya mereka memilih satu plan.

6) Sekurang-kurangnya 5 pengorek tanah digunakan untuk melaksanakan rancangan yang bakal dicuba oleh pihak rescuer. Mereka cuba membuka lubang pintu dari sebelah kedudukan perigi.

7) 5 Feb 2022: Mereka sudah mengorek pintu keluar sedalam 28m namun risiko plan ini seolah dihujung tanduk. Ada kemungkinan berlaku tanah runtuh hingga mampu meragut keselamatan Rayan.

8) 6 Feb 2022: Istana Diraja Maghribi mengesahkan Rayan yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter telah meninggal dunia. Rayan dibalut dalam selimut kuning selepas dia dibawa keluar dari terowong yang digali khusus untuk operasi menyelamat.

Dilaporkan, Rayan meninggal dunia sebelum pasukan penyelamat berjaya membawanya keluar dari lubang perigi.

Selamat jalan ke negeri abadi Rayan. Syurga buatmu sayang. Al-Fatihah.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL