spot_img

Hanya Kerana Tudung Hijau, Gadis Ini Menjadi Mangsa Gangguan Seksual Di TikTok

- Advertisement -

SECARA umumnya gangguan dalam talian boleh dijelaskan sebagai apa-apa perbuatan yang dijalankan secara berterusan melalui internet atau lain-lain bentuk peranti elektronik atau digital yang boeh menyebabkan seseorang berasa takut, malu, terancam, terseksa, terhina dan merasakan bahaya dipersekitarannya.

Beberapa contoh gangguan dalam talian adalah dengan menghendap (stalking), memberikan ucapan kebencian, memeras ugut, memberikan komen dengan niat untuk menimbulkan kemarahan pengguna lain (trolling), menjatuhkan maruah seseorang (doxing), menyebarkan video atau gambar lucah bekas kekasih dan sebagainya.

Lantaran itu, pernah suatu ketika dahulu, fiksyen novel yang bertajuk ‘Cikgu Suraya’ sangat popular dikalangan pembaca novel. Namun, bagi yang sudah membacanya pasti akan bersetuju sekiranya cerita tersebut agak kurang menyenangkan kerana mengandungi babak-babak panas.

- Advertisement -

Bukan itu sahaja, ia juga dikaitkan dengan satu video panas yang pernah tular suatu ketika dahulu yang memaparkan seorang wanita yang memakai tudung berwarna hijau dan disamakan dengan watak ‘Cikgu Suraya’.

Daripada situlah wujudnya simbolik ‘tudung hijau’ yang seakan-akan menjadi bahan lawak diantara para netizen yang sudah mengetahuinya terutamanya lelaki.

Hal tersebut secara tidak sengaja membabitkan seorang gadis yang menggunakan nama @alia.acha pada akaun TikToknya telah menerima pelbagai komen yang boleh dianggap sebagai gangguan seksual.

- Advertisement -

Dalam video tersebut, gadis itu kelihatan sedang mengalami bibir kering dan pecah yang kemudiannya membaca salah satu komen daripada video sebelumnya yang menasihatinya agar meminum lebih banyak air untuk mengurangkan iritasi pada bibirnya itu.

Namun secara tidak sengaja dia telah menjadi bahan ingatan untuk watak Cikgu Suraya hanya kerana tampil dengan memakai tudung berwarna hijau.

Namun, ada segelintir penonton mahupun netizen mengecam tindakan mereka yang memberikan komen-komen berbaur panas.

- Advertisement -

Malah rata-rata mereka juga mengatakan seharusnya individu yang memberikan komen berunsur sedemikian itu, patut merasa malu pada diri sendiri kerana berfikiran serong dengan mengaitkan seseorang yang tidak ada kena mengena dengan watak panas.

Ikuti video penuh di bawah:

@alia.acha Reply to @akagaminoadik ♬ original sound – Alia Acha

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL