Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Jollibee Cawangan Pertama Di Lembah Klang Dibuka Secara Rasmi Hari Ini
spot_img

Jollibee Cawangan Pertama Di Lembah Klang Dibuka Secara Rasmi Hari Ini

- Advertisement -

PADA Disember 2018, Jollibee telah membuka cawangan pertama mereka di Kota Kinabalu, Sabah. Rakan-rakan kita yang berada di sana lebih awal merasai keenakan rasa ayam goreng popular dari Filipina ini.

Penantian hampir 3 tahun penduduk di Semenanjung untuk merasai menu Jollibee berakhirnya apabila Jollibee Malaysia telah membuka secara rasmi cawangan pertama mereka di Lembah Klang iaitu di Sunway Pyramid.

Jadi bagaimana rasanya ayam goreng ikonik Jollibee jika dibandingkan dengan ayam goreng daripada jenama lain yang sudah lama bertapak di Malaysia? Kami kongsi sedikit tentang rasa dan menu apa yang patut anda cuba di sini nanti.

Gandingan ikonik Chickenjoy dan Jolly Spaghetti

- Advertisement -

Bagi warga Filipina sendiri, tidak sah ke Jollibee jika tidak memesan menu ayam goreng signature mereka, Chickenjoy bersama Jolly Spaghetti sehinggakan ada iklan khas dua menu ini dilakonkan artis ternama mereka, Bea Alonzo dan John Lloyd Cruz.

Gigitan pertama ayam goreng Chickenjoy ini sudah cukup untuk membuktikan kesedapannya sehingga terkenal di seluruh dunia. Ada sebab tersendiri mengapa jenama ayam goreng popular antarabangsa tidak dapat bersaing dengan Jollibee di Filipina.

- Advertisement -

Salah satunya ialah setiap set ayam goreng Chickenjoy akan hadir dengan satu sos gravy untuk dicicah dengan ayam. Padanan sos gravy ini dengan ayam goreng Chickenjoy original memang mantap.

SETIAP SET AKAN HADIR DENGAN MASHED POTATO, COLESLAW, SOS GRAVY DAN AIR.

Terdapat juga versi pedas Chickenjoy. Pada kami, ia tidak terlalu pedas dan rasanya tidak seistimewa seperti rasa ayam Chickenjoy original.

Jolly Spaghetti pula? Rasanya light sahaja tetapi menu ini pasti akan popular dalam kalangan kanak-kanak kerana tidak pedas dan saiz hidangannya yang just nice.

- Advertisement -

Kami tidak sempat untuk cuba satu lagi menu popular Jollibee, Burger Steak yang tidak tersedia pada hari ini. Jangan lupa untuk buat pesanan Burger Steak selain ayam goreng Chickenjoy dan Jolly Spaghetti.

Adakah harganya mahal?

Jawapannya adalah tidak dan harganya boleh dikatakan hampir sama dengan harga menu di cawangan restoran fast food. Boleh rujuk pada gambar di bawah untuk lihat harga menu yang ditawarkan di Jollibee Malaysia.

HARGA UNTUK BURGER, AIR DAN SIDE DISH
HARGA UNTUK NUGGET DAN JOLLY SPAGHETTI
HARGA UNTUK SET CHICKENJOY ORIGINAL & SPICY

Jollibee Sunway Piramid akan mula beroperasi kepada umum bermula hari ini (8 Februari 2022) bersebelahan Seoul Garden. Selamat mencuba!

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL