spot_img

Lelaki Kongsi Pengalaman Menginap Di Hard Rock Hotel Selama 46 Malam Tapi Jumlah Harga Jadi Persoalan

- Advertisement -

APAKAH perasaan anda bila diberi peluang untuk menginap di Hard Rock Hotel selama hampir 50 malam?

Seorang pengguna Facebook Adnan Aziz telah berkongsi atau review pengalaman beliau semasa menginap di Hard Rock Hotel Penang pada Disember 2021 hingga Februari 2022 baru-baru ini. Apa yang menarik minat dan menjadi persoalan netizen ialah berapa pula jumlah keseluruhan harga yang beliau bayar untuk 46 hari tersebut?

- Advertisement -

Mari ikuti ulasan dan perkongsian beliau:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nak share review ringkas jugaklah.

Hard Rock Hotel Penang. Check in 20hb Disember 2021 dan Check out 04hb February 2022, Total 46 malam.

- Advertisement -

Bilik Seaview Studio Suite with bath tub RM880++ semalam. Bilik King Suite with private pool RM4500++ semalam. Status: Long Stay Guest.

Rock Royalty lounge access level 6 for breakfast, afternoon tea dan evening cocktail dan mocktail, check in check out desk + VIP amenities. Free Complimentary VIP parking RM20 semalam. Free Complimentary bed RM150 semalam.

Sempat melihat suasana Hari Natal, Tahun Baru dan CNY. Suka melihat gelagat guests locals. Hotel yg sangat ceria dan sangat patuh SOP. Public area, pool serta lobby sentiasa di sanitasi. Bag tetamu di sanitasi waktu ketibaan. Towel/tuala dibungkus dgn plastik. Cutleries di wrapped rapi dll.

- Advertisement -

Bilik suite yg sangat memuaskan. Makanan di hotel ok-ok saja. Sarapan dan service di Rock Royalty lounge sedap. Buffet breakfast di Starz Diner (bukan self service) lebih banyak pilihan tetapi orang tersangat ramai. Waktu yg terbaik utk sarapan di Starz Diner dari pukul 6.30-8.00 pagi.

Swimming pool buka dari 7.00 pg hingga 9.00 mlm. Lepas 9 malam dah tabur chlorine. Waterpark mula pukul 9.00 pagi. Ada 6 cabanas. RM60 sehari dari pukul 10 pg hingga 9 mlm. Dapat 2 air botol dan fruit platter. Cabana no. 1 dan 2 boleh access pool. Cabana 3 dan 4 dapat pemandangan laut. 5 dan 6 agak privasi.

Malam2 ada Romantic dinner RM350 nett per couple di cabana. Roxity Kids club limit 6 org dlm satu masa. Lil infant masih tutup. Pizzeria restaurant masih tutup. Tabu teen club limit 6 org dlm satu 2 masa dibuka dari pukul 10 pg hingga 8 mlm.

Ada 2 meja pool, PS4. Boleh jugak pinjam gitar electric dan headphones dan dihantar ke bilik dan ianya percuma selagi menginap di hotel. Kalau nak dinner di Hard Rock Cafe eloklah buat booking sbb sentiasa penuh. Lunch ok kecuali weekend yaa. Jumaat dan Sabtu malam ada live band di HRC dan area Lobby tp band tu biasa-biasa ja.

Parking agak susah. Disarankan book reserve VIP parking. Limited. Parking lot depan entrance hotel agar senang nak keluar masuk. RM20 sehari. Kalau parking dah penuh kenalah park di kawasan parking satu lg iaitu kira2 600 meter dari hotel. Shuttle disediakan. Staff, crew semua ramah dan terbaikk.

Depa mmg sempoi, baik Front Office, pool Lifeguards, cleaner, bartenders, rock agent crew dll sangat ceria dan terbaik. Sepanjang kami disini ramai je staff dan crew bawa kami keluar makan nasi kandar dan jalan2 diluar waktu jadual kerja. Anak saya selalu diajak keluar oleh staff gi makan, shopping mall, cafe dan jalan2. Ada yg belikan kami makanan sedap2. Ada yg masakkan makanan dari rumah untuk kami sekeluarga dan ada juga yg jemput kami ke kenduri kahwin! Dah macam keluarga sendiri.

Kami sempat ambil booster AZ di Tapak Pesta Pulau Pinang hasil arrangement dari salah seorang staff. Anak dan cucu sayalah yg paling happy dilayan oleh ‘kakak2 dan abang2’ crew/staff yg terbaik. Buat tik tok pun sama2. Sungguh sedih bila sampai waktu nak berpisah. Kami buat late check-out sampai pukul 9 malam. Complimentary jugak.

Sebelumnya kami diraikan dalam satu majlis ringkas sebagai orang local yg paling lama tinggal di HRHPenang iaitu hampir 50 hari. Insha Allah cuti sekolah Mac ni nk datang lagi bg meraikan jemputan salah seorang staff yg akan berkahwin. Overall mmg best sangat2. Crew dan stafflah yg buat kami tinggal lebih lama disini. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat.

Kalau korang nak tengok banyak lagi gambar-gambar korang boleh tengok Facebook Adnan Aziz kat SINI.

Dari Facebook Adnan Aziz

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL