spot_img

#SaveFawaz Selepas Rayan, Tragedi Fawaz Yang Berusia 6 Tahun Heboh di Dunia Arab

- Advertisement -

BELUM pun habis bersedih mengenai seorang kanak-kanak yang bernama Rayan akibat terjatuh ke dalam sebuah perigi yang berukuran 32 meter, hari ini sekali lagi kita dikejutkan dekan satu kes Fawaz di mana dia merupakan seorang kanak-kanak kelahiran Syria yang telah diculik dari Daraa Fawaz al-Qatifan terus menjadi tumpuan di media sosial dengan hashtag Save Fawaz. 

Dalam pada itu rakyat di negara Arab menggesa agar pihak berkuasa yang berkaitan menyelamatkannya daripada penculiknya selepas menyiarkan video yang menunjukkan penyeksaan yang kejam sebagai balasan wang tebusan.

Selepas Rayan, tragedi Fawaz yang berusia 6 tahun menggugat dunia Arab

- Advertisement -

Menurut laporan, Fawaz yang berasal dari perkampungan Ibtaa di luar bandar Muhafazat Deraa terbongkar selepas penculiknya mengeluarkan video yang menunjukkan dia diseksa dan dipukul untuk memaksa agar keluarga dan saudara maranya membayar wang tebusan yang besar sebagai ganti kepulangannya.

Aktivis kemudiannya menggunakan hastag “Selamatkan kanak-kanak Fawaz Al- Qatifan” di beberapa negara Arab sebagai usaha untuk membebaskan dan menyelamatkan Fawaz.

Turut dilaporkan kes penculikkan Fawaz sebenarnya sudah lebih tiga bulan, namun kemunculan video terbaru yang menunjukkan penyeksaannya selepas tularnya kesah Rayan yang terjatuh ke dalam perigi sekali lagi telah menarik perhatian dunia dan mencetuskan pelbagai pendapat umum di laman media sosial yang terus menerus menuntut agar pihak berkuasa segera menyelamatkannya dan menuntut agar diberikan perlindungan terhadap kanak-kanak serta menghukum sekeras-kerasnya penculik tersebut.

- Advertisement -

Di dalam video tersebut difahamkan menunjukkan gambar kanak-kanak tersebut yang diculik dan kelihatan separuh bogel semasa disebat. Namun apa yang lebih menyedihkan apabila kanak-kanak itu cuba merayu kepada penculiknya dengan berkata “Demi cinta Allah, jangan pukul saya”.

Jumlah tebusan yang dituntut oleh penculik juga sangat besar iaitu 500 juta pound Syria atau lebih kurang RM597,470.

Video Yang Tular:

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL