spot_img

Kecoh Penemuan Mayat Yang Dibungkus Dan Dibuang Siap Polis Dan Forensik Datang

- Advertisement -

JIKA di luar negara, aduan kecemasan orang awam berhubung penemuan anggota badan tetapi sebenarnya patung manusia sudah menjadi perkara biasa.

Malah baru-baru ini, pasukan polis Cambridgeshire Timur, London England dikejutkan dengan panggilan kecemasan selepas orang awam melihat sepasang kaki berstokin terjuntai pada kerusi hadapan kenderaan lain ketika memandu, namun pemeriksaan mendapati ia hanya patung yang memakai pakaian putera raja lengkap dengan mahkota.

Berbeza dengan Malaysia, kebanyakan kes yang disangka patung sebenarnya adalah mayat manusia seperti yang berlaku di Putrajaya awal Januari lalu.

- Advertisement -

Bagaimanapun kejadian terbaharu pada Selasa sedikit berbeza kerana bungkusan plastik yang disangka mengandungi mayat, sebenarnya adalah patung manusia sempurna tetapi ia bukan seperti yang dipamerkan di premis pakaian sebaliknya ia patung bagi kegiatan tidak bermoral.

Umpama manusia sebenar, patung yang bahagiannya boleh ditanggalkan itu dibungkus rapi menggunakan plastik dan diletakkan berhampiran tong sampah besar di deretan rumah kedai di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor.

Patung manusia untuk kegiatan seksual ditemukan dalam bungkusan plastik.

Situasi itu tidak ubah seperti kes pembunuhan dalam drama dan filem yang sering ditonton di televisyen sehingga menyebabkan pasukan polis dan forensik memasang pita kuning serta mengepung kawasan sekitar untuk menjalankan siasatan.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mStar mengesahkan penemuan tersebut.

“Patung tersebut ditemui di Shah Alam, Selangor. Kita syak patung tersebut digunakan untuk kegiatan seksual dan tidak bermoral,” jelasnya lanjut.

Gambar yang tular di media sosial itu mendapat pelbagai reaksi dan ada antaranya yang menyangkakan terdapat pembunuh bersiri.

- Advertisement -

“Aku baru nak cakap ada psycopath killer ke sekarang ini,” komen salah seorang pemilik akaun Twitter.

Terdapat juga netizen yang membandingkan situasi berkenaan seperti drama Korea.

“Tetiba aku terbayang kalau ni dekat Korea… wartawan serbu ramai-ramai pastu polis buka dalamnya ada patung,” katanya membalas komen yang lain.

Pasukan polis dan forensik mengepung kawasan sekitar supaya tidak diceroboh orang awam.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL