Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Peniaga Terpaksa Jual Nasi Lemak Tanpa Telur Akibat Bekalan Terganggu
spot_img

Peniaga Terpaksa Jual Nasi Lemak Tanpa Telur Akibat Bekalan Terganggu

- Advertisement -

SHAH ALAM – Bekalan telur ayam yang sukar didapati dengan harganya terus meningkat di sesetengah tempat menjejaskan peniaga dan orang awam yang bergantung kepada bahan mentah tersebut.

Tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar raya di Seksyen 30 serta 31 di sini pada Selasa mendapati bekalan telur ayam tidak konsisten bagi sesetengah premis tersebut.

Hasil tinjauan bagaimanapun mendapati harga telur ayam di premis-premis berkenaan masih terkawal seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Muhd Amareza
- Advertisement -

Seorang peniaga nasi lemak di Seksyen 30, di sini, Muhd Amareza Abu Bakar, 26, terpaksa menjual nasi lemak tanpa telur ayam kerana sukar mendapatkan bekalan bahan mentah tersebut sejak dua minggu lalu.

Dia yang menjual hidangan tersebut sejak dua tahun lalu turut menerima rungutan daripada pelanggan-pelanggan yang ingin membeli nasi lemak bersama lauk tersebut untuk anak mereka.

“Saya berniaga nasi lemak waktu pagi dan petang, jadi kalau pagi dah habis, saya terpaksa menjual nasi lemak tanpa telur pada waktu petang, jadi pelanggan selalunya merungut kerana tiada pilihan lauk untuk mereka disebabkan ingin membeli lauk telur untuk anak mereka.”

- Advertisement -

“Hairan juga ada pasar raya di Shah Alam yang mengehadkan pembelian telur kepada lima papan satu keluarga, malah harga telur gred C turut meningkat daripada sekitar RM9 sepapan kepada RM11.90.”

“Rasanya macam makin susah nak dapatkan bekalan telur terutamanya menjelang Ramadan dan Syawal, jadi saya harap isu ini tidak berlarutan kerana kami turut berdepan isu bekalan minyak peket yang masih sukar didapati di pasaran,” katanya pada Selasa.

Saharuddin

Peniaga lain, Saharuddin Shaid, 52, berkata, ketiadaan bekalan telur ayam mengganggu perniagaannya apabila stok tersebut perlu dibahagikan kepada tiga gerai miliknya di sekitar Shah Alam.

- Advertisement -

Disebabkan isu tersebut, kini dia hanya mampu mendapatkan 180 hingga 200 biji telur ayam untuk perniagaannya berbanding 240 biji telur ayam sebelum ini.

Rak telur ayam kosong di sebuah pasar raya di Seksyen 31, di sini.

Katanya, kenaikan harga barang mentah tersebut dan lain-lain turut menurunkan hasil keuntungannya sebanyak 30 peratus.

“Telur adalah salah satu lauk tarikan ramai di gerai kerana harganya murah berbanding lauk lain. Bila telur tiada, lauk lain kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan kerana harganya lebih mahal.”

“Kadang-kadang saya terpaksa pergi ke beberapa kedai untuk mendapatkan bekalan, itu pun bukan jumlah seperti yang diharapkan,” katanya yang berniaga sejak 12 tahun lalu.

Dalam pada itu, seorang penyelia sebuah pasar mini di Seksyen 30 di sini, Fazilah Mohd Mukhsin tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapatkan bekalan telur ayam daripada pembekalnya.

Bagaimanapun, pembekalnya memaklumkan bekalan bahan mentah tersebut akan terganggu menjelang Ramadan dan Syawal ini.

“Kalau ikut jangkaan memang ada la gangguan bekalan telur untuk Ramadan dan Syawal akan datang,”

“Selain daripada bekalan ayam, stok telur juga dijangka berkurangan pada musim tersebut seperti yang dimaklumkan oleh pembekal,” katanya.

Ahmad Fikri

Daripada perspektif pengguna pula, Ahmad Fikri Mat Yusoff, 35 terpaksa membeli telur ayam jenis lain seperti telur organik yang lebih mahal daripada telur biasa kerana sukar untuk mendapatkan bekalan barang mentah tersebut.

“Walaupun tidak berniaga, kita sebagai pembeli akan turut terasa juga kalau harga telur naik, jadi saya harap hal ini dapat diselesaikan dari segi rantaian bekalan supaya isu yang kita tahu seperti terputus bekalan ini tidak akan berulang,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL