spot_img

Pernah Disaman Berjuta Dan Jatuh Muflis Kerana Hak Paten, Karya Ujang Kini Antara Terlaris Di Dunia NFT

- Advertisement -

KARTUNIS Ujang sememangnya sangat terkenal di kalangan peminat komik mahupun animasi tempatan yang sudah membesar bersamanya sejak kecil lagi. Malah, pelbagai percapaian yang berjaya dikecapi oleh kartunis ini sepanjang di dalam karier seni beliau.

Dengan penerimaan NFT yang cukup baik di Malaysia hari ini, beliau juga dilaporkan giat mengembangkan penjualan karyanya yang berasaskan aset digital NFT selepas melihat potensi dan peluang di dalam ruang berkenaan. Walaupun baru sahaja menyertai platform Pentas, beliau sudah berjaya berdiri sebaris bersama artis terkemuka menerusi carta yang dikeluarkan platform berkenaan.

SUMBER: PENTAS

Terbaharu, Ujang berjaya muncul antara 10 pelukis tempatan yang terlaris di dalam pasaran NFT. Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon turut menjelaskan pada mulanya tidak tahu menahu akan selok belok NFT tetapi dengan mencuba berdagang di pasaran berkenaan telah mengubah nasib pelukis sepertinya apabila hampir setiap hari hasil karyanya berjaya terjual.

- Advertisement -

Setakat ini, karya seni beliau sudah terjual sebanyak 201 keping yang mana berjaya mengutip jumlah jualan sehingga RM58,604 dengan harga lantai 0.30 BNB (~RM548.90). Karya beliau dilihat berjaya terjual dengan harga setinggi 8.88BNB bersamaan RM16,193 mengikut pertukaran kadar semasa.

SUMBER GAMBAR: PENTAS

Dalam pada itu, Ujang turut mengatakan bahawa NFT adalah satu pasaran yang bertepatan perjuangannya lebih-lebih lagi berkaitan copyright dan ownership yang mana beliau sendiri sudah hadapi masalah ini sejak bertahun-tahun lamanya untuk memperjuangkan harta intelek ini.

Menerusi NFT juga, setiap karya akan ada tertera nama pemilikan walaupun telah dijual berulang-kali dan pengkarya asal masih menerima royalti. Hal ini sekaligus menjadi pendapatan pasif dalam meneruskan kelangsungan hidup para pengkarya.

- Advertisement -

Sehubungan itu, beliau menyeru agar lebih ramai lagi pelukis tempatan memasuki pasaran NFT ini kerana membolehkan pereka artis untuk melindungi karya seni mereka serta meletakkan harga atau nilai pada aset mereka. Dengan insiatif ini, nasib para pengkarya dilihat lebih cerah untuk menjana pendapatan dan terus berkarya dalam industri tempatan.

Sebelum itu Ujang pernah hilang hak karya kartun dan jatuh muflis.

Kisah Ujang hilang hak karya kartun, jatuh muflis

- Advertisement -

“Saya tidak tahu tentang hak milik atau karya intelek. Saya naif sangat sehingga hilang hak milik watak-watak kartun dicipta”.

Demikian kata, kartunis tanah air Ibrahim Anon yang turut diisytihar muflis selepas gagal membayar RM1.8 juta hutang kepada syarikat percetakan.

Ibrahim Anon yang lebih dikenali sebagai Ujang merupakan kartunis terkenal 90-an menerusi karyanya seperti Aku Budak Minang di majalah Gila-Gila, Din Beramboi (majalah Ujang) dan animasi Usop Sontorian.

“Sekitar tahun 1994/1995, Saya keluarkan majalah Ujang dan majalah itu terjual 386,000 naskhah sebulan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan Online.

Namun, akibat karya-karya tidak dipatern atau didaftarkan bawah Akta Hakcipta 1987, beliau terpaksa berputih mata apabila tuntutan 30 peratus perkongsian keuntungan dalam perniagaan gagal diperoleh.

“Selepas tiga tahun saya ada 30 peratus perkongsian keuntungan.”

“Apabila saya tuntut hak saya itu, mereka minta bukti yang mengatakan Ujang itu saya yang punya,” katanya ketika menjadi tetamu segmen Mornik Blues dalam Facebook Utusan Online.

Ujang turut diheret ke mahkamah sehingga diistihar muflis.

“Isu tuntutan berlarut hingga ke mahkamah sehingga dia saman pada tahun 2000 dan jatuh muflis dan berhutang sebanyak RM1.8 juta dengan syarikat percetakan,” tambahnya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL