Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Kereta Mewah Rolls-Royce Ghost Tersepit Antara 2 Lori Tapi Keadaan Pemandu Yang Menjadi Tanda Tanya
spot_img

Kereta Mewah Rolls-Royce Ghost Tersepit Antara 2 Lori Tapi Keadaan Pemandu Yang Menjadi Tanda Tanya

- Advertisement -

KENDERAAN mewah berprestij sentiasa menitikberatkan kualiti setiap model kereta yang dikeluarkan dengan menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi. Jadi tidak terkejutlah apabila melihat segelintir hartawan Malaysia membelanjakan sejumlah wang bernilai jutaan ringgit untuk memiliki kenderaan tersebut.

Baru-baru ini tular rakaman video dan gambar-gambar menunjukkan sebuah model Rolls-Royce Ghost terhimpit di antara dua buah lori treler. Bagaimanapun, pemilik kereta mewah tersebut dilihat mengambil beg silang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Rakaman yang tular

@awieshahkejadian tadi selepas terowong menora hala selatan.. alhamdulillah semua selamat.. yg tk thu cerita jgn buat palatau..

♬ bunyi asal – 👉AYEN77 Gss👈 – 👉AYEN77 👈

- Advertisement -

Difahamkan kejadian terbabit berlaku di kawasan Terowong Menora-Ipoh Utara (KM 264.0 arah Selatan) pada tengah hari semalam sehingga menyebabkan trafik sesak sejauh 7.5km dari arah Sungai Perak menuju ke Ipoh Utara.

Menerusi beberapa hantaran komen pada video TikTok yang sedang tular ketika ini, lori treler belakang berada di lorong kanan sekali kerana pemandu mahu memberhentikan kenderaan tersebut menggunakan pembahagi jalan ekoran terdapat masalah pada brek angin lori terbabit.

Bagaimanapun, lori treler tersebut ‘terpantul’ semula ke tengah jalan menyebabkan ia merempuh belakang sebuah kereta Rolls-Royce sehingga terhimpit dengan lori lain yang berada dihadapannya.

- Advertisement -

Pada masa sama, netizen turut memuji ketahanan model Rolls-Royce Ghost tersebut kerana struktur lasak yang langsung tidak menjejaskan ruangan kabin penumpang telah menyelamatkan nyawa pemandu dan penumpang kereta tersebut.

Ciri-ciri keselamatan yang baik antara faktor utama mengapa Rolls-Royce mampu menjual kenderaan mereka dengan harga bernilai mencecah antara lebih RM1 juta hingga RM3 juta dan menjadi kenderaan rasmi pilihan para VIP di seluruh dunia.

Reaksi beberapa warga maya

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AWIESHAH
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AWIESHAH
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AWIESHAH
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AWIESHAH

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL