Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Sebab Biarkan Kucing Merayau Sampai Calarkan Kereta Lotus, Jiran Tuntut Ganti Rugi RM12791
spot_img

Sebab Biarkan Kucing Merayau Sampai Calarkan Kereta Lotus, Jiran Tuntut Ganti Rugi RM12791

- Advertisement -

KUCING merupakan seekor haiwan peliharaan pilihan ramai kerana kecomelan dan teletahnya yang mencuitkan hati. Namun, kadang-kala ada beberapa perkara dilakukan oleh kucing yang menyebabkan orang sekeliling kurang senang dengan haiwan tersebut.

Baru-baru ini seorang pemilik kucing berwarna oren di Thailand telah memuat naik satu rakaman video CCTV di TikTok menunjukkan haiwan peliharaannya itu didakwa keluar ke kawasan awam lalu menyebabkan kerosakan pada sports car milik jirannya.

Rakaman yang tular

@pattarawadeephumipakลูกทำแมวหลุดออกจากบ้านขณะเปิดประตูขึ้นรถโรงเรียนและขึ้นรถบ้านข้างๆกัน เค้าไปแจ้งความ ตำราจแจ้งข้อหาปล่อยสัตว์ดุสัตว์ร้ายเที่ยวตามลำพังทำให้ทรัพย์สินผู้อื่นเสียหายคดีขึ้นชั้นศาลคันสีเหลืองเรียกค่าเสียหาย108, 000 บาท บอกว่าเป็นรถหรู ติดสติ๊กเกอร์จึงต้องแพงคันสีดำเป็นป้ายแดง รถเคลือบแด้วอย่างดีในคลิปวีดีโอน้องไม่ได้ข่วนอะไรเลย แต่น้องขึ้นไปนั้งและลงมา เราเจ้าของแมว ไปดูในวันเกิดเหตุ ไม่มีร่องรอยอะไรเลยค่ะ มีแค่รอยเท้าฝุ่น วอนสังคมช่วยเราด้วยค่ะ เราโดนฟ้อง2คดีแมวขึ้นรถ2คัน

♬ เราจะสู้ไปด้วยกัน – หนูดี เฟลอเดอ

- Advertisement -

Menurut portal Thaigers, insiden berlaku pada Oktober 2020 apabila seorang kanak-kanak secara tidak sengaja membiarkan kucing mereka keluar dari rumah.

Pada petang hari yang sama, pemilik kereta menghantar video haiwan peliharaan mereka duduk di atas kereta sport berjenama Lotus itu. Video dari CCTV rumah menunjukkan kucing oren itu duduk di atas kereta sports berwarna hitam kuning terbabit.

Bagaimanapun, apabila pemilik kucing dan keluarganya pergi ke rumah berkenaan untuk memeriksa kerosakan, mereka dapati hanya menemui kesan kotoran dari tapak kaki kucing itu sahaja.

- Advertisement -

Jiran itu menegaskan bahawa semua calar berasal dari kucingnya dan meminta pampasan sebanyak 100,000 Baht (RM12,791) sambil menambah bahawa harga tersebut telah dianggarkan secara rasmi.

Namun, setelah kisah ‘Si Oyen’ ini dikongsi secara meluas di Thailand, laporan terkini mengatakan bahawa pemiliknya sports car telah meminta maaf, sambil menambah bahawa dia tidak mahu wang ganti rugi itu.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL