Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Pernah Dipaksa Kerja 14 Jam Sehari, "Pakgad" Ini Menang Kes Tuntutan Gaji OT RM58K
spot_img

Pernah Dipaksa Kerja 14 Jam Sehari, “Pakgad” Ini Menang Kes Tuntutan Gaji OT RM58K

- Advertisement -

TULAR di media sosial, seorang pekerja kawalan keselamatan yang dikenali sebagai Murali Vengu berjaya mendapatkan tuntutan gaji kerja lebih masa (OT) daripada majikannya berjumlah RM58,000.

Menerusi perkongsian Arul di Facebook, dia yang telah bekerja dengan sebuah bengkel kereta kemalangan dan pusat tuntutan insurans, telah menfailkan tuntutan gaji OT, gaji cuti hari rehat dan juga gaji cuti hari kelepasan am terhadap majikannya pada bulan Oktober 2021.

Gambar sekadar hiasan.

Difahamkan, Murali seorang sahaja yang menjaga keseluruhan stor bengkel yang menempatkan kereta-kereta kemalangan yang sedang melalui proses bayaran insurans.

- Advertisement -

Majikan bengkel tidak mengambil pekerja keselamatan tambahan. Maka dia diminta bekerja dari 7 malam sehinggalah pejabat bengkel tersebut buka pada jam 9 pagi pada hari keesokannya.

Walaupun dia sepatutnya hanya bertugas selama 12 jam, iaitu dari 7 malam sehingga 7 pagi, tetapi biasanya beliau diminta tunggu sehingga pekerja ofis masuk kerja pada jam 9 pagi. Maka dia bekerja sehingga 14 jam setiap hari.

Tiada peruntukan cuti rehat setiap minggu, cuti tahunan dan Murali juga diminta bekerja pada hari kelepasan am

- Advertisement -

Murali juga tidak diperuntukan apa jua cuti rehat setiap minggu, cuti tahunan dan diminta juga kerja pada hari kelepasan am.

Pada hari dimana Murali terpaksa keluar untuk urusan penting, dia terpaksa menempatkan isterinya di pondok pengawal untuk sementara waktu sehingga beliau pulang.

Walaupun bekerja 12 jam hingga 14 jam setiap hari, tetapi dia hanya menerima gaji asas sebanyak RM1,300 dan elaun petrol sebanyak RM250 setiap bulan. Sehingga dia berhenti kerja pada tahun 2018, dia langsung tidak dibayar gaji kerja lebih masa OT.

- Advertisement -

Semasa rundingan di Jabatan Tenaga Kerja Subang Jaya baru-baru ini, majikan cuba mengelirukan pegawai dengan mengatakan bahawa pelbagai bayaran telah dibuat kepada Murali.

Tetapi pemeriksaan lanjut menunjukkan bahawa majikan mengabungkan bayaran elaun petrol dan caruman KWSP untuk memberikan gambaran bahawa suatu jumlah besar telah dibayar kepada Murali dan tuntutannya tidak betul.

Majikan akhirnya bersetuju membayar sebanyak RM58,000 kepada Murali sebagai amaun penyelesaian

Tuntutan Murali sebenarnya melibatkan pelbagai komponen seperti tuntutan gaji lebih masa (OT) hari kerja biasa, hari rehat, hari kelepasan am, gaji kerja hari rehat dan gaji kerja hari kelepasan am.

Majikan pun mengaku bahawa bayaran gaji kerja lebih masa sememangnya tidak dibayar kepada Murali, maka mereka mencadangkan suatu penyelesaian dibincangkan tanpa melalui perbicaraan penuh.

Selepas rundingan beberapa kali di antara majikan dan pegawai, akhirnya majikan bersetuju membayar sebanyak RM58,000 kepada Murali sebagai amaun penyelesaian. Jumlah tersebut adalah lebih kurang bersamaan dengan RM1,600 sebulan gaji lebih masa untuk 3 tahun.

Gambar sekadar hiasan.

Seperti Murali, ada ramai lagi pekerja keselamatan yang ditipu tanpa dibayar gaji lebih masa, walaupun ianya jelas dinyatakan sebagai amaun yang perlu dibayar oleh majikan dalam Akta Kerja. Maka, lebih ramai lagi pekerja keselamatan harus memastikan bahawa hak mereka terbela dan kiraan gaji merangkumi bayaran gaji kerja lebih masa.

Rakyat pekerja hanya dapat mengajar majikan-majikan seperti ini, jika lebih ramai lagi yang menfailkan kes dan mengheret mereka ke Mahkamah Buruh. Tindakan ini amat penting, demi memastikan industri pengawal keselamatan ini menghentikan penindasan dan perampasan hasil titik peluh pekerja tanpa membayar gaji OT.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL