spot_img

Pesawat Air Asia KL Ke Tawau Kecoh Kerana Ular Dalam Kabin

- Advertisement -

SETIAP kali menaiki pesawat pastinya orang ramai mengharapkan perjalanan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dalam pada itu, siapa sangka perjalanan sebuah pesawat AirAsia AK5748 pada 10 Februari dilaporkan terpaksa membuat pendaratan cemas ke Kuching.

Difahamkan situasi ini berlaku disebabkan penemuan seekor ular pada ruang penyimpanan bagasi yang membuatkan para penumpang panik menerusi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau. Situasi yang berlaku turut mendesak juruterbang untuk mendarat lebih awal.

Rakaman yang tular

@edal8808 Kelihatan seekor ular dalam pesawat dlm penerbangan dari KL ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di AirPort Kuching #fyp ♬ Suspense Music – Sound Collective

- Advertisement -

Menerusi laporan oleh The Rakyat Post, kapten Leong Tein Ling memaklumkan pihak AirAsia mengesahkan insiden tersebut serta memaklumkan situasi tersebut sangat jarang berlaku dalam pesawat.

Dimaklumkan pihak kapten bertanggung jawab sepenuhnya terhadap insiden yang berlaku dan memilih untuk mendarat di Kuching terlebih dahulu. Tujuan pendaratan dibuat adalah sebagai langkah berjaga-jaga buat para penumpang serta pihak anak kapal.

Situasi yang berlaku turut mendapat para netizen yang memaklumkan insiden tersebut mengingatkan mereka kepada filem Snakes on a Plane yang pernah ditayangkan pada tahun 2006.

- Advertisement -

Malah, terdapat para penumpang yang pesawat berkenaan yang tidak mengetahui punca pesawat terpaksa mendarat seketika di Kuching sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau menerusi pesawat yang lain.

Dimaklumkan tiada sebarang individu tercedera dalam usaha untuk mengeluarkan ular berkenaan daripada dalam pesawat termasuk ular berkenaan.

Reaksi warga maya

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL