spot_img

Sweden Umum Pandemik COVID-19 Berakhir Dan Bukan Lagi Ancaman

- Advertisement -

DI kala negara lain sedang sibuk berperang dengan kenaikan kes COVID-19, Sweden telah bertindak mengumumkan bahawa negaranya bebas dari ancaman pandemik. Pengumuman ini bakal menamatkan pelbagai jenis sekatan yang dilakukan sebelum ini serta memberhentikan ujian COVID-19 berskala besar, walaupun di kalangan rakyatnya ada yang menunjukkan gejala jangkitan.

Khemah besar yang terdapat di seluruh pusat bandar, tempat yang menyediakan ujian COVID-19 secara pandu lalu serta perkhidmatan kit ujian yang dihantar ke rumah kini diberhentikan serta merta selepas pengumuman terbabit. Kerajaan Sweden juga tidak lagi menyediakan data penting untuk mengesan penyebaran COVID-19. Sweden juga tidak lagi menyekat orang ramai untuk berkumpul di sesuatu acara atau di restoran dan sijil vaksin tidak lagi diperlukan.

Langkah ini sememangnya pelik dan drastik. Ia juga meletakkan Sweden bertentangan dengan kebanyakan negara Eropah yang lain.

- Advertisement -

Difahamkan bahawa Sweden bertindak mengumumkan negaranya bebas dari COVID-19 adalah kerana ujian yang mahal telah menghasilkan faedah yang sedikit dengan kemunculan varian baharu, omicron. Kerajaan Sweden juga mahu merawat COVID-19 seperti penyakit endemik yang lain.

“Kami telah mencapai tahap di mana kos dan kit ujian tidak lagi boleh dibenarkan,” kata ketua Agensi Kesihatan Awam Sweden Karin Tegmark Wisell kepada penyiar nasional SVT minggu ini. “Jika kami melakukan ujian meluas yang disesuaikan untuk semua orang yang mempunyai COVID-19, itu bermakna setengah bilion setiap minggu (kira-kira AS$55 juta),” tambah Tegmark Wisell.

- Advertisement -

Pada 2021, Stockholm sahaja membelanjakan lebih daripada $320 juta untuk ujian PCR, wang yang dikatakan kerajaan boleh dibelanjakan dengan lebih baik di tempat lain.

Mulai bulan lalu, kerajaan Sweden sudah menetapkan hanya petugas kesihatan, warga emas dan mereka yang paling rentan akan mendapat ujian PCR percuma jika menunjukkan gejala. Manakala yang lain hanya akan diminta tinggal di rumah jika mereka menunjukkan gejala COVID-19. Manakala kit ujian antigen boleh dibeli di pasar raya dan farmasi, tetapi keputusannya tidak lagi dilaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan.

Hospital swasta masih dibenarkan untuk melakukan ujian dan menawarkan hasil ujian COVID-19 untuk perjalanan antarabangsa, tetapi biaya ujian itu tidak akan dibayar oleh kerajaan atau insurans kesihatan.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL