spot_img

Cara Lelaki Ini Langgar Lampu Merah Depan Polis Sangat Mengejutkan

- Advertisement -

SETIAP kali kita ternampak kenderaan polis di atas jalan raya, sudah pasti kita akan membawa kenderaan dengan baik di hadapan mereka supaya tidak dikenakan apa-apa denda.

Namun, seorang penunggang motosikal ini dirakam oleh pengguna jalan raya lain apabila dia ‘berjaya’ melanggar lampu merah dengan tenang di hadapan polis yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Lelaki itu memperlahankan dan memberhentikan motosikalnya bersebelahan polis tersebut. Setelah itu dia turun daripada motosikal, lalu menolaknya ke simpang kiri jalan di hadapan polis itu sendiri.

Polis melihat dan membiarkan sahaja penunggang motosikal tersebut berlalu pergi walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan lampu berwarna merah di lorong jalan mereka.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di negara China itu telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya kagum dan pada masa berasa geli hati melihat tindakan penunggang motosikal terbabit.

- Advertisement -

Tambah netizen lagi, ada kemungkinan lelaki itu meniru ‘Taktik Mr.Bean’ yang pernah ditayangkan di dalam salah satu sirinya dahulu. Mr.Bean telah menolak keretanya setelah melihat seorang lelaki turun dan menolak basikal untuk membelok ke lorong kiri semasa lampu isyarat berwarna merah.

Rakaman Mr Bean langgar lampu merah

Nampaknya ‘Taktik Mr.Bean’ itu telah berjaya membuatkan polis menganggap motosikal lelaki itu ‘rosak’, jadi dia langsung tidak hirau untuk menahan lelaki terbabit.

Reaksi beberapa warga maya

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL