Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Drama "All Of Us Are Dead" Menunjukkan Kelemahan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pelajar Korea
spot_img

Drama “All Of Us Are Dead” Menunjukkan Kelemahan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pelajar Korea

- Advertisement -

KALAULAH ada pelajar sehebat Hwoarang dan Kim Kaphwan, masalah serangan zombi dapat diatasi dengan mudah.

Cuma dua kumpulan yang berjaya survive, iaitu kumpulan pelajar sukan memanah dan satu lagi kumpulan pelajar dengan aneka kemahiran seperti pandai menyanyi, boleh terbangkan dron, dan setkan sistem audio. Yang lain cuma biasa-biasa saja.

- Advertisement -

Mungkin subjek lain itu digugurkan kerana dianggap tidak praktikal dan berdaya saing untuk industri Korea yang maju, macam Syed Saddiq yang tak nak subjek agama di universiti.

Katakan zombi menyerang sekolah Malaysia. Pelajar Taekwondo akan melakukan serangan jauh dan padu seperti back kick atau flying kick.

- Advertisement -

Selepas zombi terjatuh, giliran pelajar Silat Gayong akan melakukan buah kunci dan kemudian dengan bantuan budak pengakap, mereka akan mengikat simpul mati mulut, tangan dan kaki zombi-zombi supaya tidak menggigit dan bergerak.

Bila zombi tidak bergerak dan tak boleh nak gigit, tiada jangkitan zombi baru. Simple.

- Advertisement -

Jika ada pelajar Silat Cekak, mereka cukup mahir bertempur jarak dekat. Saya pernah lihat mereka melakukan demo menumbangkan 10 lawan dalam masa tak sampai seminit.

Jadi sebelum berlawan, budak PBSM akan membantu mengikat bandage pada lengan dan leher pesilat Cekak supaya tidak digigit. Budak-budak lain akan terus memecah masuk stor sukan dan ambil gelung rotan hula hoop untuk mencekup 2-3 zombi sekali gus supaya tidak dapat bergerak.

Kon-kon sukan pula akan diserkup masuk ke dalam kepala z0mbi supaya mereka kucar-kacir dan tidak ketahuan hala sebelum disudahi ikatan simpul maut daripada geng pengakap.

Tepukan pengakap jika dibuat secara bersepadu juga mampu menarik perhatian zombi, dan tidak perlu pun buang masa mencari-cari mikrofon dan mainkan CD lagu di speaker.

Jaring-jaring tiang gol, dan badminton boleh digunakan sebagai tali atau dijadikan jala untuk memerangkap zombi. Kayu hoki boleh merembat kaki zombi supaya patah dan tak dapat berjalan, manakala bola pelbagai jenis boleh ditaburkan supaya makhluk jahat itu tergolek.

Nama drama saya ini, ‘Bagaimana 10 Pelajar Malaysia Menewaskan 1,000 Zombi’.

Sumber: Azhan Uthman

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL