spot_img

Stesen Minyak Di Genting Highlands Sesak Kerana Ramai Mahu Konten “Berkabus” Di TikTok

- Advertisement -

BERGAMBAR di kawasan stesen minyak bukan lagi satu perkara yang asing di luar negara, kini ‘hobi’ tersebut sudah menjadi satu trend pula di Malaysia. Lebih-lebih di kawasan stesen minyak yang terletak di tanah tinggi Genting Highlands.

Sejak stesen minyak tersebut tular di media sosial, lebih-lebih lagi pada platform TikTok, boleh dikatakan hampir setiap hari kawasan itu dipenuhi dengan orang ramai yang mahu bergambar atau merakam video untuk dijadikan konten.

Baru-baru ini, salah seorang pengunjung yang bercuti di Genting Highlands sempat merakam satu unit peronda polis menyerbu stesen minyak terbabit untuk meminta orang ramai bersurai daripada memenuhi kawasan itu.

Rakaman yang tular

@ammarawr_ #ad Kena halau 😂 #fyp #ad #xyzbca ♬ bunyi asal – Nies🦋
- Advertisement -

Pada awal video yang dikongsikan, kelihatan keadaan trafik sangat sesak di hadapan stesen minyak yang viral itu. Manakala di dalamnya pula, pihak polis sudah ‘mengosongkan’ kawasan tersebut daripada terus dipenuhi orang ramai.

Menurut beberapa komen yang dikongsikan netizen, pemilik stesen minyak itu dikatakan telah menghubungi pihak polis bagi menyuraikan orang ramai kerana telah mengganggu para pelanggannya yang betul-betul mahu mengisi minyak di stesen tersebut.

- Advertisement -

Netizen juga meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang sanggup bergambar atau merakam video dalam tempoh yang lama sehingga menyusahkan pengguna lain di stesen minyak tersebut.

Diharapkan agar setiap pihak yang mempunyai niat untuk bergambar atau merakam video di stesen minyak Genting Highlands semata-mata untuk konten media sosial boleh melupakan hasrat tersebut dan sentiasalah mengamalkan sikap bertimbang rasa kepada orang lain.

Reaksi beberapa warga maya

SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AMMARAWR_
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AMMARAWR_
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AMMARAWR_
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AMMARAWR_
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AMMARAWR_
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AMMARAWR_
SUMBER GAMBAR: TIKTOK @AMMARAWR_

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL