spot_img

Wanita Didenda RM50K Kerana Didapati Bersalah Anjur “Main Kutu”

- Advertisement -

MAIN kutu adalah satu skim menyimpan dan mengumpul wang dalam tempoh singkat dan kebiasaannya disertai oleh beberapa orang pemain dengan jumlah bayaran bulan tertentu yang dipersetujui oleh semua ahli.

Terbaharu, seorang wanita berusia 38 tahun telah didenda oleh Mahkamah Sesyen Butterworth sebanyak RM50,000 selepas dia didapati bersalah menganjurkan kumpulan wang kutu pada 2018, lapor Sinar Harian.

Dia yang dikenali sebagai Nor Jaimah Kamarudin didakwa menganjurkan kumpulan wang kutu kepada lima individu dan setiap peserta dikehendaki membayar sejumlah wang tunai kepada kumpulan tersebut.

- Advertisement -

Ibu kepada tiga anak dan juga seorang penjual nasi lemak telah didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Kubang Semang, Pulau Pinang antara Januari hingga Ogos 2018.

Di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus, Nor Jaiman dikatakan telah membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Apa yang dilakukan oleh Nor Jaimah bertentangan dengan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 dan kaedah kutu tradisional, di mana dia menawarkan kutu dengan pulangan berlipat kali ganda dengan syarat perlu mencari ahli seramai mungkin.

- Advertisement -

Peguam yang mewakili Nor Jaimah meminta mahkamah meringankan hukumannya, namun Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia meminta mahkamah untuk mengenakan hukuman yang setimpal kepada Nor Jaimah.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL