Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Daud Kim Didakwa Pukul Isteri Dan Berseronok Di Kelab Malam
spot_img

Daud Kim Didakwa Pukul Isteri Dan Berseronok Di Kelab Malam

- Advertisement -

SEBELUM ini, Daud Kim pernah terpalit dengan beberapa kontroversi yang tular apabila beliau dikatakan didakwa atas cubaan merogol dan hanya menggunakan Islam untuk meraih pengikutnya di media sosial. Malah kes tersebut juga dikatakan telah menyepi selepas Daud Kim muncul dengan permohonan maaf kepada orang ramai.

Namun, sekali lagi cerita mengenai Daud Kim muncul kembali dan trending di Twitter apabila tularnya beberapa video yang memaparkan Daud Kim telah berseronok dan berpesta bersama-sama rakannya di kelab malam.

Difahamkan, video tersebut telah diambil oleh pengguna media sosial di Instasroty rakan kepada Daud Kim. Malah, sekali lagi timbul dakwaan bahawa Daud Kim hanya mempergunakan Islam demi kontennya semata-mata untuk meraih pengikut yang ramai.

- Advertisement -

@ji.yeon0 يلا اكلها يا داوود الفيديو خام وجديد من انستغران وحدة تركية وفي بار شرب بتركيا #لا_ادعم_داوود_كيم #داوود_كيم_كذاب #fybシviral #foryoupage #fypシ ♬ original sound – Ji yeon

Rata-rata peminat Daud Kim merasa amat kecewa dengan tindakan Daud Kim yang tidak mengambarkan keperibadian sebagai seorang Muslim apabila beliau dilihat sedang berseronok malah mabuk di sebuah kelab malam.

- Advertisement -

Malah ramai peminatnya juga menyatakan mereka turut hilang rasa hormat terhadap Daud Kim dan menyesal menyokongnya selama ini sebagai saudara baharu.

Tidak berhenti disitu sahaja, Daud Kim juga dikecam hebat apabila tidak bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya. Malah Mia yang juga isterinya didakwa telah menunjukkan beberapa kesan lebam hasil dipukul oleh suaminya Daud di akaun Instagram dan TikToknya.

- Advertisement -

Apa yang menyedihkan adalah, Mia telah bercerai dengan Daud Kim, namun mereka telah bersatu semula dan dikurniakan anak kedua semasa perkahwinan mereka.

Mia bagaimanapun kelihatan agak tertekan dengan keadaan yang menimpa dirinya itu selepas memberikan peluang kedua kepada suaminya iaitu Daud Kim.

Daud Kim juga difahamkan kini berada di Tukri dan telah menghilangkan diri sejak sekian lama.

Lantaran daripada kontroversi tersebut, rata-rata peminat Daud sudah hilang kepercayaan terhadapnya dan mereka beranggapan Daud Kim hanya berpura-pura sahaja demi meraih populariti dan pengikutnya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL