spot_img

Ingat Nak Bagi Ganjaran RM20K Kalau Jumpa Kereta Nissan 180SX, Rupanya Dicuri Dan Dibakar Sehingga Rentung

- Advertisement -

PEMINAT automotif Malaysia pada minggu ini telah dikejutkan dengan kehilangan sebuah jentera Japan Domestic Market (JDM) iaitu Nissan 180SX. Lebih menjadi perhatian ramai, model tersebut bukan sahaja rare dalam pasaran tempatan malah negara luar.

Dalam pada itu, malang tidak berbau buat pemilik kereta ini iaitu Louis Lai apabila beliau memaklumkan menerusi laman media sosial di mana kereta Nissan 180SX milik beliau dengan nombor plet WCP 211 ini dilaporkan telah dicuri di Kepong.

- Advertisement -

Menerusi perkongsian, kereta berkenaan dikatakan menuju ke Kelantan di mana beliau yang pada mulanya sedia menawarkan ganjaran RM10,000 buat individu yang menjumpainya telah menaikkan ganjaran kepada RM20,000.

Siapa sangka, pencarian peminat automotif selama berhari-hari akhirnya menemui kereta berkenaan namun dengan keadaan yang amat menyedihkan di mana kereta berkenaan didakwa dibakar sehingga rentung.

- Advertisement -

Insiden yang berlaku bukan sahaja memberi kesedihan kepada pemilik kereta berkenaan malah seluruh peminat automotif berikutan model kereta berkenaan yang rare serta sukar untuk didapatkan di pasaran. Malah, terdapat netizen yang berpendapat pencuri kereta Nissan 180SX tersebut membakar kereta berkenaan selepas gagal untuk membawa lari.

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja mampu memberi kerugian serta kesedihan kepada pemilik malah mampu membuatkan para peminat JDM membatalkan hasrat dalam mendapatkan atau menyimpan model kereta yang rare.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL