spot_img

Insan Kurang Waras Ini Buat Ramai Netizen Tersentuh Hati

- Advertisement -

SUATU ketika dahulu kita disajikan dengan sebuah kisah teladan yang melibatkan insan kurang waras yang sangat menyentuh jiwa. Kisah ini dipanggil sebagai ‘Hussien Gila’ dan ia mendapat perhatian sehingga diadaptasikan dalam satu telefilem yang bertajuk ‘Firdaus Gila’.

Begitulah kisah yang dipaparkan hasil perkongsian video rakaman di TikTok Mi Miey. Jelas wanita tersebut, kedai miliknya sering kali didatangi oleh seorang lelaki yang kurang waras malah pakaiannya juga koyak.

Walau bagaimanapun, difahamkan individu tersebut tidak mengganggu orang sekeliling dan hanya bercakap dengan diri sendiri ataupun hanya bernyanyi.

- Advertisement -

Pemilik akaun itu turut mendakwa, lelaki berkenaan dikatakan tiba-tiba sahaja senyap dan menghilangkan diri dari pandangan ketika mereka sedang sibuk mengecat kedainya. Mi Miey juga turut memberitahu bahawa individu tersebut akan menyanyi sambil menemani mereka mengecat, namun secara tiba-tiba suasana bertukar sepi.

Setelah dicari, rupa-rupanya insan yang kurang waras itu dilihat berada di dalam satu kedai yang belum siap dan mula menunaikan solat meskipun keadaanya yang tidak sempurna dengan pakaian dan seluar yang koyak rabak.

Malah, wanita itu juga mendakwa, lelaki yang bernama Syed Khirol itu turut mendoakan agar perniagaan beliau bertambah maju.

Ikuti video penuh dibawah:

@mimieydjewelsNi PART 1 Syed kerol ngah nyanyi2 tiba2 senyap..lahhh ngah solat rupanya🥺Subhanallah😭hebatnya hamba allah wlaupun x sempurna tp x lp pada pencipta

♬ original sound – Mi Miey

- Advertisement -

Menjengah ruangan komen, rata-rata ramai netizen yang sebak melihat rakaman tersebut dan mengakui tersentuh dengan tindakan lelaki yang kurang waras itu. Sehingga kini video tersebut meraih 58 ribu tontonan.

Ada juga yang memberikan komen menyatakan bahawa lelaki tersebut bernama Syed Khirol. Dia merupakan seorang yang bijak dan pandai namun, hanya kerana menolak percintaan dari seorang perempuan, maka dia diperlakukan sehingga sebegitu rupa.

- Advertisement -

Insan Kurang Waras Sering Bertandang, Owner Kedai Tersentuh Tengok Tengah Solat 2Insan Kurang Waras Sering Bertandang, Owner Kedai Tersentuh Tengok Tengah Solat 4

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL