spot_img

Misteri Rumah Terbengkalai Dikaitkan Dengan Pembunuhan Beramai-Ramai, Sehingga Kini Tiada Jawapan

- Advertisement -

MISTIK dan kisah seram sememangnya sentiasa berjaya menambat hati sesiapa sahaja didalam masyarakat di Asia Tenggara. Walaupun kehidupan kita pada waktu ini sudah beralih kepada kemodenan dan teknologi, namun kisah-kisah seram sebegini masih lagi menjadi satu-satunya kisah yang amat digemari oleh sesiapa sahaja.

Kita semua sedia maklum, ada juga kisah-kisah ini yang hanya direka-reka atau ditokok tambah untuk menyedapkan penceritaan, namun ada juga diantara cerita-cerita yang dipaparkan, benar-benar terjadi. Akan tetapi tiada sesiapa pun yang dapat mengesahkan akan kebenarannya.

Mengikut pendapat dan kisah-kisah orang dahulu, sekiranya rumah atau bangunan lama yang ditinggalkan tanpa seorang pun penghuni pasti akan muncul cerita misteri yang menyeramkan.

- Advertisement -

Hal ini juga terjadi pada sebuah rumah yang terletak di Kota Semarang, Indonesia yang didakwa mempunyai misteri yang tersendiri dan dipercayai masih belum berjaya dirungkai sehinggalah hari ini.

Berdirinya sebuah banglo diatas bukit dan bertemakan ala-ala Eropah pasti tersergam indah sewaktu berpenghuni sewaktu dahulunya. Namun, ia dikhabarkan telah lama ditinggalkan oleh pemiliknya tanpa diketahui puncanya dan kini hanya sebahagian rumah tersebut sahaja dapat dilihat kerana selebihnya telah ditutupi oleh semak samun dan tumbuhan liar yang melingkari rumah tersebut.

- Advertisement -

Penduduk tempatan disekitarnya pula memberikan gelaran kepada rumah tersebut dengan gelaran ‘Genderuwo’ yang bermaksud sejenis bangsa jin atau makhluk halus yang dipercayai wujud seperti manusia namun berupa kera.

Difahamkan juga, rumah tersebut yang terletaknya di Jalan Letjen S. Parman, Desa Petompon, Kecamatan Gajahmungkur, Kota Semarang itu masih boleh didiami akan tetapi keadaanya kini dikatakan sangat kotor dan tidak terurus.

- Advertisement -

Seperti kebiasannya, ada pelbagai versi cerita yang berlegar-legar berkaitan dengan rumah tersebut, namun dua versi ini adalah versi yang hangat diperkatakan oleh orang ramai.

Menurut versi pertama, mereka mendakwa bahawa rumah tersebut pernah didiami oleh sebuah keluarga yang berasal daripada Sepanyol.

Mereka dipercayai kembali semula ke negara asal dan tidak pernah kembali sehinggalah hari ini.

Jika dilihat secara luaran tema rumah tersebut, ia seakan-akan mengiyakan bahawa pernah suatu ketika dahulu keluarga dari negara Barat itu menduduki rumah tersebut. Namun kebenarannya masih tidak diketahui sehingga sekarang.

Sementara itu, versi keduanya pula, mereka mendakwa pernah berlakuknya pembunuhan secara beramai-ramai ke atas sebuah keluarga yang menetap disitu dan sehingga kini pelakunya belum lagi berjaya dikenal pasti. Malah keluarga yang dikatakan dibunuh pada suatu ketika dahulu itu juga tidak diketahui siapakah identiti mereka yang sebenarnya.

Malah, penduduk tempatan mendakwa lagi bahawa rumah terbiar tersebut turut dijadikan sebagai sarang persembunyian untuk para penjenayah.

“Dulu rumah ini menjadi tempat samseng di Semarang berkumpul. Penduduk telah menangkap dan menghalau mereka dan kini ia terus terbiar sepi,” kata seorang penduduk tempatan, Seto.

Beliau turut memaklumkan bahawa ketika melangkah masuk ke dalam rumah tersebut dia merasa seram dan meremang bulu roma seakan-akan ada ‘sesuatu’ yang mendiami rumah tersebut. Malah keadaan sekeliling rumah tersebut yang dipenuhi dengan tumbuhan liar juga menimbulkan kesan seram kepada pengguna jalan raya berdekatan dan penduduk disekitarnya.

Selain itu, ada juga beberapa pengguna jalan raya mendakwa sering terlihat sosok hantu dua beradik yang disangkakan penghuni asal rumah tersebut.

“Saya pernah melihat dua wanita iaitu seorang dewasa dan seorang kecil, berdiri di balkoni tingkat dua menghadap jalan raya,” kata salah seorang pengguna jalan raya, Vidi.

Bukan itu sahaja, penduduk sekitarnya juga mendakwa terdapat pelbagai ‘makhluk’ halus yang sering muncul dan ia memberikan petanda yang buruk seperti kemalangan.

“Setiap kali ular muncul di hadapan rumah ini, kemalangan akan berlaku di kawasan itu tidak lama selepas itu,” kata Seto.

Pernah juga gempar di kawasan tersebut apabila penampakan sosok pontianak yang menunjukkan kewujudannya melalui bunyi dan rupa yang berterbangan di sekeliling rumah.

Malah mereka turut mengatakan bukan pontianak sahaja, malah satu sosok tubuh yang tinngi dan besar juga sering kelihatan dan mucul di sekeliling pokok besar yang tumbuh di halaman rumah tersebut.

Keadaan rumah yang penuh contengan vandalism itu juga menunjukkan rumah tersebut telah pernah dicerobohi oleh orang luar.

Walaubagaimanapun, keindahan seni bina di dalam rumah tersebut tidak dapat dinafikan kerana ia seolah-olah dibina dengan penuh ketelitian dengan ukiran dan mural yang sangat cantik.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL