Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Wanita Berusia 70-an Ditemui Mati Sejak 2 Tahun Lalu, Mayatnya Ditemui Gara-Gara Angin Kencang
spot_img

Wanita Berusia 70-an Ditemui Mati Sejak 2 Tahun Lalu, Mayatnya Ditemui Gara-Gara Angin Kencang

- Advertisement -

KISAH yang menyedihkan ini berkisar apabila baru-baru ini pihak polis Itali berjaya menemukan mayat seorang wanita yang berusia lebih kurang 70 tahun yang dipercayai telah meninggal dunia sekitar dua tahun yang lalu.

Marinella Beretta dikatakan telah menjual rumahnya yang mempunyai taman, namun dia memperolehi hak untuk menetap di dalam kediamannya seumur hidup.

JIRAN menyangka Marinella berpindah sejak lebih dua tahun lalu.

Menurut laporan, pemilik baru rumahnya itu yang juga berasal dari Switzerland turut menyatakan bahawa dia tidak sama sekali menyedari bahawa Marinella mengalami masalah kesihatan kerana sepanjang proses pembelian rumah, beliau memaklumkan Marinella sangat sihat pada ketika itu.

- Advertisement -

Namun, pada suatu hari ketika angin kencang, jiran Marinella cuba untuk menghubunginya namun tiada jawapan. Maka, mereka mencuba sekali lagi untuk menghubungi pemilik baharu rumah tersebut untuk memberitahu keadaan pokok yang telah tumbang akibat angin yang kencang.

Disebabkan itulah terdetiknya hati jiran wanita tersebut untuk menghubungi polis agar memeriksa keadaan dan rumah Marinella kerana difahamkan mereka tidak mendapat khabar Marinella sejak sekian lama.

Mengikut laporan siasatan pertama yang dilakukan oleh pihak polis, wanita itu tidak mempunyai saudara-mara dan beranggapan bahawa tiada kegiatan jenayah yang terjadi ke atasnya kerana tidak ada sebarang kejadian pecah masuk di tempat kejadian.

- Advertisement -

Namun, menurut laporan polis juga, Marinella itu berkemungkinan meninggal dunia disebabkan oleh sakit dan pihak berkuasa tempatan dijangka akan menanggung kos pengebumiannya.

Lantaran itu, media Itali turut melaporkan bahawa jiran terdekat mereka mendakwa tidak melihat wanita itu sejak lebih dua tahun lalu sekitar September 2019 dan hanya mengandaikan wanita itu telah berpindah pada permulaan wabak Covid 19 mula melanda utara Itali sekitar 2020.

- Advertisement -

“Apa yang berlaku kepada Marinella Beretta di Como, kesunyian yang dilupakan dan ia amat menyakitkan hati kami.

“Kami mempunyai kewajipan, sebagai masyarakat yang ingin kekal bersatu, untuk mengingati hidupnya, tiada siapa yang mesti dibiarkan bersendirian,” kata Menteri Keluarga Elena Bonetti menerusi hantaran di Facebook.

Institusi Statistik Kebangsaan (ISTAT) 2018, turut dilaporkan hampur 40 peratus daripada mereka yang berusua lebih 75 tahun di Itali tinggal bersendirian.

Kisah wanita tersebut yang meninggal secara bersendirian tanpa sesiapa pun yang mengetahuinya malah mengambil masa selama dua tahun untuk diketahui sangat mendapat liputan luas media tempatan dengan akhbar turut laris dijual di Itali, Corriere della Sera memaparkan berita tersebut pada muka hadapan akhbar.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL