Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
AirAsia Bakal Tawar Perkhidmatan "Teksi Udara", Dari KLIA Ke Pusat Bandar Hanya 11 Minit
spot_img

AirAsia Bakal Tawar Perkhidmatan “Teksi Udara”, Dari KLIA Ke Pusat Bandar Hanya 11 Minit

- Advertisement -

SYARIKAT penerbangan tambang rendah tempatan, AirAsia telah menandatangani memorandum persefahaman tanpa perjanjian untuk memajak sekurang-kurangnya 100 pesawat VX4 eVTOL buatan Vertical Aerospace daripada Avolon.

Pada masa sama Avolon dan AirAsia berkerjasama dalam membangunkan platform mobiliti udara dalam bandar (Urban Air Mobility/UAM) yang terkemuka di Asia Tenggara dan mengkomersialkan pesawat eVTOL sifar pelepasan.

SUMBER GAMBAR: NEWSROOM AIRASIA
SUMBER GAMBAR: NEWSROOM AIRASIA

Pesawat VX4 eVTOL mampu membawa empat penumpang dan seorang juruterbang, berkelajuan sehingga 230km/j, boleh bergerak sejauh lebih 160 kilometer, hampir senyap ketika dalam penerbangan dan paling penting sekali kos perjalanan penumpang jauh lebih murah berbanding pesawat komersial.

- Advertisement -

“Inovasi sentiasa berada di dalam DNA kami dan menggunakan teknologi sebagai cara yang lebih cekap dan mampan dalam melakukan sesuatu adalah tumpuan teras merentas Capital A (dahulunya Kumpulan AirAsia).”

“Saya sangat teruja dengan kerjasama antara Avolon dan AirAsia ini dan potensi perjalanan udara ultra-pendek sifar pelepasan di Asia Tenggara,” kata Tony Fernandes dalam satu kenyataan rasmi.

- Advertisement -

Tony Fernandes turut berkongsi satu hantaran Instagram memberikan gambaran servis UAM ini bakal ditawarkan menerusi aplikasi AirAsia Ride pada masa akan datang. Beliau turut mendakwa ‘teksi udara’ ini mampu membawa penumpang dari KLIA ke pusat bandar dalam tempoh 11 minit sahaja.

Sudah pasti berita ini menggembirakan orang ramai yang selalu menggunakan laluan udara selama ini.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL