spot_img

Anak Kepada Pemandu Tampil Jelaskan Isu Gambar Tular Myvi Masuk Perkuburan

- Advertisement -

SEBUAH Myvi tular apabila kereta tersebut terbabas di kawasan tanah perkuburan sehingga mencetus persoalan orang ramai. Pelbagai dakwaan dikeluarkan oleh pelbagai pengguna media sosial.

Terbaharu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya merupakan anak kepada pemandu Myvi terbabit menyatakan ibunya kurang sihat semasa kejadian tersebut berlaku.

Menurut lelaki tersebut, ibunya dalam keadaan hipoglisemia (kurang gula dalam darah) kerana mengidap penyakit kencing manis, pada masa sama wanita itu turut berpuasa pada hari ini.

- Advertisement -

“Ibu saya secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan tertekan pedal minyak ketika ingin membuat pusingan-U.”

“Saya berharap agar tiada pihak yangg salah sangka terhadap kejadian ini. Ibu saya masih dalam keadaan trauma dan bersedih kerana baru sahaja kehilangan suami tercinta akibat COVID-19,” terang Syafiq.

- Advertisement -

Sementara dia sekeluarga berusaha untuk memulihkan semula semangat ibunya, Syafiq memohon jasa baik orang ramai untuk berhenti menularkan insiden ini agar tiada lagi salah faham yang timbul di kalangan masyarakat.

Tambah Syafiq lagi, dia memohon seribu kemaafan kepada semua waris kubur yang telah rosak dan dia bertanggungjawab sepenuhnya atas segala semua kerosakkan serta akan baik pulih semula kubur seperti keadaan asal.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL