spot_img

Demi Tuah, Lelaki Ini Sanggup Memakai Emas Seberat 2 Kilogram

- Advertisement -

EMAS dan wanita berpisah tiada. Namun ada juga diantara lelaki yang meminati emas sebagai barang perhiasan atau pengumpulan aset semata-mata.

Tapi, lain pula dengan lelaki yang berasal dari Vietnam ini, dia dikatakan terlalu obses dengan emas sehingga tular di media sosial kerana memakai barang kemas yang banyak di leher dan tangannya. Malah, dia juga dikatakan memiliki kenderaan yang disaluti dengan emas.

Lelaki tersebut yang bernama Tran Duc Loi, 39 tahun merupakan seorang ahli perniagaan dari wilayah An Giang di Vietnam dan secara mendadak menjadi perhatian di negaranya kerana obses yang keterlaluan pada emas.

ANTARA koleksi emas yang dimiliki Duc Loi.
- Advertisement -

Media tempatan di Vietnam turut melaporkan, Duc Loi dikatakan memakai emas ditubuhnya sejak tiga tahun lalu dan menjual biawak sebagai haiwan peliharaan untuk dijadikan punca pendapatan.

Duc Loi turut memberitahu media bahawa dia mempercayai emas akan membawa nasib yang baik dalam perniagaan dan akan memastikan untuk memakai perhiasan emas sebanyak mungkin apabila keluar dari rumah.

“Pada mulanya, saya hanya memakai beberapa barang kemas, dan kemudian saya terus menambah lagi.

- Advertisement -

“Saya mula merasakan beratnya, tetapi saya sudah terbiasa dengannya.

“Saya cuba mencari keseimbangan, kerana aksesori emas kecil mudah pecah, manakala aksesori yang terlalu tebal berat untuk dipakai untuk jangka masa yang lama,” katanya.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikToknya, Tran Duc Loi juga mempunyai sebuah kereta dan beberapa motorsikal yang disadur dengan emas dan mengakui sukar untuk meninggalkan kenderaan tersebut di luar tanpa pengawasan ketat kerana dikhuatiri dicuri atau dirompak.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, proses penyaduran emas sahaja sudah menelan belanja ratusan juta dong Vietnam.

Malah, Duc Loi turut mendedahkan bahawa dia akan memakai hampir dua kilogram barang kemas setiap kali keluar rumah termasuklah rantai leher yang berbentuk naga seberat 250 gram, 10 cincin emas besar, gelang tebal dan jam tangan yang bersar yang juga disaluti dengan emas.

Dia turut mendakwa tidak memakai kesemua emasnya secara sembarangan, tetapi sebaliknya bergantung pada prinsip feng shui.

“Saya mengikuti feng shui kerana saya mempunyai takdir emas, jadi ia sepadan dengan warna emas,” kata pempengaruh itu.

Walaupun sesetengah orang mengkritik Duc Loi kerana mempamerkan kekayaannya dan menunjukkan contoh buruk kepada golongan muda, namun videonnya di TikTok menjadikan lelaki itu popular di media sosial.

Beberapa klip videonya ditonton berjuta-juta orang dan ramai yang berharap mereka boleh menjadi sepertinya.

Ikuti Video Penug Dibawah:

@ducloitran67agChuẩn bị đón xuan thoi ae oi

♬ Treo Cờ Đón Tết – Doãn Hiếu, BMZ

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL