spot_img

Inilah Titik Tengah Semenanjung Malaysia Menghubungkan Utara Selatan Timur Dan Barat

- Advertisement -

PERNAH tak korang jalan-jalan ke Temerloh, Pahang atau lebih mesra dikenali sebagai Bandar Ikan Patin. Mana taknya, sepanjang jalan di Temerloh banyak sangat kedai dan kolam ikan patin disepanjang Sungai Pahang itu.

Siapa yang penggemar ikan patin masak tempoyak boleh lah datang ke sini. Tetapi kalau korang berkunjung ke sini selepas menikmati kelazatan ikan patin dam sambal hitam, jangan lupa singgah di Temerloh Titik Tengah Semenanjung atau di sebut sebagai TTTS.

Menerusi laman Tiktok Paihdiki menunjukkan kecantikan taman rekreasi yang terletak di Kampung Paya Siput, Lancang iaitu jalan raya lama yang menghubungkan Karak dan Temerloh. Paling menarik, ada ‘port Instagrammable’.

Apa maksud ‘titik tengah’ tu?

- Advertisement -

Titik tengah itu adalah perjalanan dari Timur, Barat, Utara dan Selatan, korang akan bertemu di titik tengah iaitu di Lancang, Temerloh.

Difahamkan, pengunjung yang ingin masuk ke dalam taman ini hanya perlu membayar RM5 sahaja. Menarik kerana tempatnya yang sangat bersih dan memukau pandangan.

- Advertisement -

Menurut salah seorang pihak yang menjaga di taman tersebut mengatakan bahawa bangunan monumen titik tengah ini hanyalah diletakkan untuk penanda sahaja, titik tengah yang betulnya berada 100 meter dari kawasan tersebut.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh tonton video di bawah.

@paihdiki 📍Lanchang, Pahang. Tiket masuk RM5 je. Siapa penah sampai sini? #fyp #foryoupage #foryourpage ♬ Joget Pahang – Siti Nurhaliza
- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL