spot_img

Lelaki Ini Nekad Bakar Diri Sendiri Kerana Kecewa Bekas Kekasih Ada Kekasih Baru

- Advertisement -

KECEWA bekas teman wanitanya mempunyai kekasih baru, lelaki ini melecur 96 peratus pada badannya selepas membakar diri sendiri di dalam kereta di Jalan Kampung Syed Omar malam tadi.

Menurut laporan polis yang diterima, Ketua Polis Daerah Kangar Superitendan Wari Kiew berkata, polis menerima panggilan pada jam 8.49 malam daripada pekerja kilang papan yang berusia 38 tahun dengan memaklumkan terdapat kereta terbakar berserta seorang lelaki yang tidak dikenali berada di dalam kenderaan berkenaan.

“Seorang orang awam kemudian memberhentikan kereta di belakang kereta yang sedang terbakar dan ternampak seorang lelaki dalam keadaan terbakar pada badan berjalan ke arah keretanya.

- Advertisement -

“Saksi kemudian keluar dari kereta dan menenangkan lelaki serta memadamkan kebakaran pada badan mangsa sebelum menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan”, katanya.

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran kereta.

Beliau turut menambah, anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian berjaya memadamkan kebakaran pada kereta mangsa dan mangsa kemudiannya di bawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Menurutnya lagi, individu yang bertindak sedemikian dianggarkan berusia 28 tahun dan tinggal di Kangar.

- Advertisement -

“Menurut bapa mangsa, mangsa adalah seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan Psikiatri HTF,” katanya.

Selain itu, beliau turut memdakwa bahawa mangsa pernah cuba untuk membunuh diri pada bulan Januari dan selasa lalu. Walau bagaimanapun, mangsa sempat diselamatkan sebelum kejadian ngeri berlaku.

Wari Kiew turut menambah, mangsa berkenaan dikatakan bertindak membakar diri sendiri itu dipercayai berpunca daripada rasa kecewa dengan tindakan bekas teman wanitanya yang sudah mempunyai kekasih baru.

- Advertisement -

Dalam kejadian semalam, bapa mangsa turut memaklumkan polis bahawa anaknya meminum petrol pada 8.45 malam sebelum keluar dari rumah dan menaiki kenderaan miliknya sendiri.

Curiga dengan tindakan anaknya itu, bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kangar kerana percaya mangsa akan cuba membunuh diri sekali lagi.

“Apabila sampai di balai polis, pihak polis memaklumkan menjumpai sebuah kereta dalam keadaan terbakar di atas jambatan Kampung Syed Omar, Kangar.

“Bapa mangsa kemudian pergi ke tempat kejadian dan mengesahkan kereta yang terbakar adalah milik mangsa,” katanya.

Mangsa yang kini masih dirawat di HTF dilaporkan masih berada didalam keadaan kritikal selepas melecur 96 peratus tubuh badannya.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL