spot_img

Kisah Anak Sarawak Keluar Seawal 6 Pagi, Daki Bukit 2 Jam Untuk Ikuti Temuduga UPSI

- Advertisement -

SUDAH masuk tahun 2022, nasib anak Sarawak dalam negara bernama Malaysia masih lagi belum menggembirakan hati orang-orang di Semenanjung.

Terbaharu tular kisah Frank Steward anak Sarawak yang terpaksa mengikuti dua sesi temuduga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) secara atas talian.

Cabaran pemuda yang berusia 21 tahun itu agar tidak ketinggalan mengikuti temuduga bagi mata pelajaran Pendidikan Moral serta subjek Bimbingan dan Kaunseling amat menyedihkan.

- Advertisement -

Mana tidaknya, walaupun temuduga bermula pukul 8.30 pagi, Frank perlu mendaki bukit kira-kira selama dua jam untuk mendapatkan capaian internet yang bagus.

Sehubungan dengan itu, suka atau tidak, Frank yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Augustine, Betong, Sarawak perlu keluar rumah seawal 6 pagi.

Paling terharu, khemah yang dikhaskan untuk Frank di atas bukit itu dibina ayahnya sendiri, Sa anak Ujom, 52, untuk memastikan anaknya dapat menjalani temuduga dengan baik.

- Advertisement -

Benarlah bak kata pepatah, kasih ayah sepanjang masa dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Frank dan semoga jasa ayah jangan sesekali dilupakan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL