spot_img

McDonald’s Malaysia Ambil Tindakan Terhadap Pengurus Cawangan Diskriminasi OKU

- Advertisement -

SEJAK Selasa lalu, perkongsian Muhammad Hanis di Facebook berkenaan adiknya yang orang kelainan upaya (OKU) dilayan dengan tidak mesra dan adil oleh pengurus cawangan McDonald’s Forest Height tular di media sosial.

Muhammad Hanis meluahkan rasa marah dan kecewanya terhadap pengurusan McDonald’s Forest Height yang ibarat ada double standard dalam melayan staf OKU. Lebih memilukan, adiknya itu cuma dirujuk dengan nombor sahaja dan bukannya nama penuh di dalam senarai nama pekerja yang dikongsikan oleh Hanis.

Kejadian itu berpunca daripada satu jadual kerja baharu yang diberi lewat pagi dan secara last minute (di mana adik dan keluarganya tidak tahu menahu) telah menyebabkan adiknya tidak hadir kerja.

- Advertisement -

Hanis turut berkongsikan beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp antara dirinya dengan pengurus berkenaan di mana pengurus itu ibarat merendahkan keupayaan individu OKU.

Pihak McDonald’s Malaysia hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi membabitkan insiden ini.

- Advertisement -

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, McDonald’s Malaysia akan menjalankan satu siasatan dalaman terhadap insiden itu. Mereka juga berkata kelakuan pengurus cawangan berkenaan sangat tidak boleh diterima dan melanggar polisi syarikat yang mementingkan kepelbagaian kaum dan latar masyarakat. Tindakan yang sewajarnya akan dikenakan terhadap individu berkenaan.

Pihak McDonald’s Malaysia juga telah menghubungi pihak keluarga Muhammad Hanis yang terkesan dan meminta maaf kepada keluarga dan krew berkenaan. Difahamkan, krew yang terlibat dalam insiden tersebut telah berkerja dengan McDonald’s cawangan tersebut selama empat tahun.

Rata-rata netizen yang memberi respons di ruangan komen perkongsian McDonald’s Malaysia mahu pengurus berkenaan dikenakan tindakan tegas supaya insiden seperti ini tidak berulang lagi di masa akan datang.

- Advertisement -

Posting penuh boleh rujuk Facebook Muhammad Hanis

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL