spot_img

Gadis Ini Berdepan Detik Cemas, Mata ‘Dikorek’ Untuk Keluarkan Contact Lens

- Advertisement -

SECARA umumnya pemakaian contact lens adalah untuk membantu bagi sesiapa yang mengalami masalah penglihatan agar tidak perlu lagi menggunakan kaca mata. Namun jika dilihat pada waktu sekarang ia seakan-akan menjadi satu trend terutamanya perempuan mahupun lelaki untuk ‘mencantikkan’ lagi warna mata mereka.

Namun, pasti akan timbul beberapa kes semasa penggunaan contact lens. Berikutan itu, seorang gadis yang menggunakan nama @alanibazla di Instagram telah berkongsi satu cerita ngeri ketika menghadapi detik yang amat mendebarkan semasa memakai kanta sentuh tersebut.

Menerusi video yang berdurasi hanya 16 saat itu, gadis tersebut menyatakan ia merupakan pengalaman pertama sepanjang 6 tahun lebih dia menggunakan kanta sentuh. Malah, sepanjang pengunaan contact lens tersebut, itulah satu-satunya perkara yang amat dibimbangi olehnya namun akhirnya ia berlaku juga.

- Advertisement -

Dia memaklumkan kejadian berlaku semasa dia sedang memandu kenderaan dan cuba untuk memeriksa keadaan contact lens yang dipakainya itu.

Terkejut dengan ‘kehilangan’ kanta sentuhnya itu, dia cuba untuk ‘mencari’ kedudukan sebenar kanta sentuh tersebut dan rupanya ia sudah pun beralih ke bahagian belakang mata.

Menurutnya lagi, doktor dan jururawat yang bertugas di klinik berkenaan agak terkejut dengan insiden tersebut dan bermulalah episod matanya ‘dikorek’ untuk mengeluarkan kanta sentuh yang tersekat di bahagian belakang mata.

- Advertisement -

Menurut pemilik Instagram tersebut, ia merupakan kes pertama yang didaftarkan di klinik berkenaan dan yang lebih mengembirakan lagi apabila  kanta sentuh tersebut dapat dikeluarkan dengan segera sebelum kejadian yang buruk berlaku.

Video tersebut mendapat tontonan hangat dengan meraih lebih 800 ribu tontonan dan rata-rata komen netizen mula meragui untuk memakai contact lens.

Lihat video penuh dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL