spot_img

“Sangat Tergamak!”, Bayar RM1600 Setiap Bulan, Insurans Tak Luluskan, Anak Tak Dapat Rawatan

- Advertisement -

SEPERTI yang kita maklum, banyak insurans yang menyediakan banyak plan perlindungan untuk ahli keluarga yang tersayang sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang musibah dimasa hadapan terutamanya dari segi kesihatan.

Malah, pihak Insurans juga menawarkan plan yang sangat produktif dalam memberikan perlindungan seperti pembiayaan ketika berada di rumah sakit dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga beberapa konflik yang berlaku semasa berurusan dengan pihak insurans terutamanya semasa proses tuntutan sehingga menyebabkan ramai pihak yang agak terkilan dan akhirnya menyulitkan keadaan yang memerlukan.

- Advertisement -

“Sangat Tergamak!” tulis  seorang wanita yang bernama @cikzazaa769 pada satu video di TikToknya yang begitu terkilan dan hampa apabila anaknya tidak mendapat rawatan yang sepatutnya hanya kerana pihak insurans gagal untuk meluluskan permohonan.

Tidak berhenti disitu sahaja, ibu ini juga menyatakan bahawa anak perempuanya Afrina perlu menunggu sekitar dari jam 6 petang sehingga hampir 10 malam untuk dimasukkan ke dalam wad. Apa yang menyedihkan lagi anaknya turut tidak diberikan Nebulizer sekitar waktu menunggu untuk membantu memulihkan pernafasan anaknya itu.

Tidak senang dengan itu, ibu kepada Afrina tersebut bertanya di bahagian pendaftaran mengenai kemasukkan anaknya ke wad sekitar jam 9 malam, namun hampa apabila jawapan yang diberikan adalah insuran tidak memberikan kelulusan untuk surat jaminan.

- Advertisement -

Namun anaknya bernasib baik pada ketika itu apabila dia mendapat ehsan daripada pihak hospital untuk memberikannya rawatan terlebih dahulu dan dibenarkan ditahan di wad untuk dipantau selanjutnya dan seterusnya dibenarkan pulang apabila anaknya beransur stabil.

Lihat video penuh dibawah:

@cikzazaa769Serius sedih sangat . Korang nak tahu sambungan ?♬ suara asli – rafaaldiansyah

Tidak berhenti disitu sahaja, sekali lagi ibu ini diuji apabila anak lelakinya pula mengalami kekejangan secara berulang kali dan berita itu dimaklumkan oleh pembantu rumahnya sendiri. Terkejut dengan berita tersebut, Cik Zazaa kemudiannya segera pulang ke rumah untuk membawa anaknya Adam segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

‘Pisang berbuah dua kali’

- Advertisement -

Itulah ungkapan yang tepat bagi menyatakan situasi ibu muda ini dimana anak lelakinya Adam sekali lagi tidak diberikan rawatan hanya kerana surat permohonan insurans lambat diluluskan dan perlu menunggu masa yang agak lama sehingga dia sendiri menyeru kepada mana-mana pihak yang terlibat agar memandang serius mengenai insiden terbabit.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga sempat memberikan pengajaran kepada ibu bapa di luar sana agar lebih cakna mengenai penyediaan wang kecemasan untuk situasi yang terdesak.

Lihat video penuh dibawah:

@cikzazaa769Bibik dah menangis risau . Allahu 😢

♬ suara asli – rafaaldiansyah

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL