spot_img

Duta Indonesia Dakwa Pembantu Rumah Warga Indo Dilayan Seperti “Hamba” Di Malaysia

- Advertisement -

DUTA Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono telah mendakwa bahawa ramai rakyat negaranya yang datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah telah dilayan seperti ‘hamba moden’. Dia turut berkata bahawa warga Indonesia yang bekerja dalam bidang yang sama di negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan tidak mengalami penindasan seperti yang berlaku di Malaysia, lapor Free Malaysia Today.

Dia kemudiannya mendakwa bahawa terdapat banyak kes pembantu rumah Indonesia yang terpaksa bekerja selama bertahun-tahun tanpa gaji, tanpa rehat, mengalami penderaan fizikal dan sebahagiannya pula telah diambil dokumen peribadi. Hermono turut merujuk kes yang terjadi baru-baru ini apabila pembantu rumah tidak dibayar gaji kira-kira 10 tahun kerana majikannya memberi alasan bahawa dia telah diberi makanan dan tempat tinggal secara percuma.

“Itu adalah contoh perhambaan atau kerja paksa zaman moden,” katanya kepada Free Malaysia Today. “Kami mempunyai pembantu rumah di Singapura, Hong Kong dan Taiwan, tetapi kami tidak mempunyai masalah serius seperti di sini (di Malaysia). Jadi mengapa kita mempunyai masalah ini di sini?”

- Advertisement -

Hermono berkata bahawa kedutaan Indonesia tahun lalu telah membantu dalam 206 kes dengan 40 kes kini di mahkamah. Kedutaan itu juga berkata telah membantu 16 pembantu rumah tahun ini mendapatkan lebih daripada RM300,000 gaji yang belum dibayar.

Untuk rekod, Malaysia dan Indonesia kini dalam perbincangan untuk perjanjian baharu. Hermono membayangkan perjanjian baharu itu akan melindungi rakyat Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah. Beliau turut merujuk kepada cadangan untuk mewujudkan satu sistem gaji dalam talian yang membolehkan kerajaan Indonesia melihat sama ada pekerja negara itu menerima gaji yang dijanjikan.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

- Advertisement -

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL