Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Pendedahan Kes "Anak Taikun" Punca Akaun Twitter Edisi Siasat Dipadam?
spot_img

Pendedahan Kes “Anak Taikun” Punca Akaun Twitter Edisi Siasat Dipadam?

- Advertisement -

AKAUN Twitter Edisi Siasat yang banyak merungkai kes-kes rasuah dan salah guna kuasa melibat golongan ‘kayangan’ di Malaysia nampaknya telah pun dipadam.

Akaun tersebut dilaporkan ‘hilang’ setelah Edisi Siasat membongkar mengenai satu kes yang terjadi pada 2019 melibatkan ‘anak taikun’ yang dilaporkan menanam berpuluh pokok ganja di dalam kondo.

Menurut Edisi Siasat, pihak polis pernah mencadangkan bahawa lelaki dengan nama Nevin Tan, yang didakwa menanam ɢᴀɴᴊᴀ di dalam kondo itu dituduh di bawah Seksyen 39B Akta ᴅᴀᴅᴀʜ Berbahaya. Namun kes itu diarah tutup atau NFA (No Further Action) oleh peguam negara ketika itu, iaitu Tommy Thomas.

- Advertisement -

Menurut Free Malaysia Today, Thomas telah pun menafikan beliau bertindak secara korup dalam mengendalikan kes Nevin yang ditahan atas kesalahan dadah semasa beliau memegang jawatan itu.

Di dalam akaun Telegram Edisi Siasat, difahamkan bahawa tidak sampai 24 jam selepas pihak Edisi Siasat membongkarkan kes dadah yang melibatkan anak seorang ahli perniagaan terkenal di media sosial Twitter, akaun tersebut terus digantung.

Menurut Emmanuel Samarathisa, seorang wartawan untuk laman The Malaysianist, “Akaun Twitter Edisi Siasat telah digantung. Ciapan terakhir berkisar tentang peguam negara ketika itu Tommy Thomas terhadap tuduhan dadah Nevin Tan pada 2019,” katanya.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, beberapa laman berita tempatan melaporkan mengenai Nevin yang dijatuhkan hukuman pada Februari 2020 oleh majistret Kuala Lumpur. Manakala MalaysiaKini pernah mencuba untuk mendapatkan kertas pertuduhan daripada timbalan pendakwa raya, namun permintaan itu ditolak.

Selepas kejadian tersebut, Edisi Siasat kini hanya aktif di akaun Telegram yang mempunyai lebih 60,000 pengikut. Di Telegram, Edisi Siasat turut meminta agar kes melibatkan anak kepada ahli perniagaan ini dibuka semula.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL