spot_img

Dua Suspek Sebabkan Kemalangan Maut Dan Larikan Kereta Di LPT2 Diburu

- Advertisement -

SEORANG pemandu Nissan Grand Livina tidak menyangka keretanya akan dicuri selepas cuba mengejar dua orang suspek kes langgar lari di sekitar kawasan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur masuk Plaza Tol Cheneh, Terengganu.

Dalam satu hantaran Facebook yang dikongsikan oleh kawan kepada adik mangsa, kejadian tersebut didakwa bermula apabila sebuah Myvi telah langgar lari seseorang sehingga patah kaki. Semasa melarikan diri, Myvi itu sekali lagi melanggar seorang warga emas sehingga maut dan kemudiannya melarikan untuk kali kedua.

Pemandu Grand Livina itu cuba mengejar Myvi terbabit kerana mahu merekod bukti dan minta kedua-dua suspek bertanggungjawab ke atas kematian warga emas terbabit. Kereta suspek ditemui tersadai akibat rosak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Rakaman yang tular

@utusantvofficial Reply to @sham_jb7 . Ni rakaman sebelum pemilik video disamun 2 lelaki terbabit. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp ♬ original sound – UtusanTV
- Advertisement -

Rakaman yang tular kedua

@utusantvofficial Bantu polis cari 2 lelaki ini. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – UtusanTV

Menurut Utusan Malaysia, semasa pemandu itu bersama ibunya meminta pertolongan daripada kenderaan lain di lebuh raya berkenaan, kedua-kedua suspek bertindak melarikan Nissan Grand Livina mereka.

- Advertisement -

“Pemuda itu kemudian membuat laporan di IPD Kemaman. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun,” kata Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan.

Kawan kepada adik pemandu Grand Livina itu telah mengemas kini hantaran Facebook bahawa kereta yang dibawa lari oleh suspek telah ditemui semula. Bagaimanapun kedua-dua suspek telah melarikan diri.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL