spot_img

Hampir RM1 Billion Karya NFT Dicuri Dari Pengguna OpenSea

- Advertisement -

HAMPIR RM1 billion NFT kena curi semalam. Jadi apa point kata NFT ini melindungi hak cipta seni bagai dengan selamat?

NFT hanya simpan data pemilikan. Hak cipta bukan dilindungi oleh NFT. Maksud memelihara hakcipta ini adalah hak cipta yang terjaga, tak boleh dicuri dengan mudah. Dilindungi proper organisasi yang ada kuasa untuk jaga hak cipta.

Jika kita patentkan sesuatu. Jarang kita dengar patent atau IP kena curi. Boleh saman atau kenakan tindakan jika mencuri. Kalau NFT kena hack, apa boleh buat?

- Advertisement -

Sebab itu saya terangkan dalam video sebelum ini yang NFT ini umpama kotak atau resit pembelian sahaja.

Beli barang dapat resit itu normal. Tapi bila orang berlumba beli resit tapi barang tiada, itu tak normal.

- Advertisement -

Biasa kalau resit hilang, barang kita ada. Ini lain. Bila resit (NFT) hilang, semua hilang. Ini khusus pada NFT yang tiada utility atau real produk.

Main NFT Art atas tujuan pelaburan atau minat saya tak heran kalau pemainnya adalah orang banyak duit yang nak main duit. Bukan kita orang biasa ni.

Umpama melihat orang daki gunung everest dia pun ikut sama. Tapi pakai baju macam nak naik genting highland. Zalim dan akan memakan diri.

- Advertisement -

Ada kata sebab phising. Ada tujuk code itu sendiri problem. Tidak kisah apa sebab. Ianya membuktikan tiada perlindungan hak cipta ke apa.

Ada yang kata bank pun berisiko. Ya tidak dinafikan. Bank berisiko tapi kita perlu gunakan tools itu untuk hidup.

Pisau pun berisiko terluka tapi mesti guna kalau tak nak hidup macam mana. Semua ada risiko tapi kena pilih risiko.

Umpama melompat bintang. Bagus menyihatkan. Tapi jangan lompat bintang tepi penjuru gunung. Beriya lompat nak tengok bintang, sanggup ambil risiko jatuh gunung.

Sumber: Facebook Berani Buat

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL