Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Resort Jadi Mangsa Buli Cyber Dari Calon SPM 2021 Gara Gara Punca Gagal Ujian Mendengar
spot_img

Resort Jadi Mangsa Buli Cyber Dari Calon SPM 2021 Gara Gara Punca Gagal Ujian Mendengar

- Advertisement -

CALON peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bertindak menyerang sosial media Salang Sayang Resort kerana tidak berpuas hati dengan soalan ujian mendengar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Melalui ciapan seorang pengguna Twitter, kelihatan lambakan komen yang menyalahkan resort tersebut di atas kegagalan calon SPM 2021 menjawab soalan ujian mendengar.

- Advertisement -

Difahamkan bahawa dalam ujian mendengar, nama Salang Sayang Resort telah dijadikan topik ujian mendengar dengan kebanyakan pelajar meneka perkataan yang disebut itu ‘salam’ dan bukannya ‘salang’.

Justeru itu, calon SPM 2021 telah bertindak menyerang resort tersebut dan menyalahkan pihak resort kerana kegagalan mereka menjawab soalan dalam salah satu ujian mendengar.

Calon SPM ini juga telah meninggalkan ulasan yang buruk di bahagian Google Reviews, mereka juga telah meninggalkan komen yang mengecam nama resort tersebut dan meminta pihak resort menukar nama.

- Advertisement -

Difahamkan bahawa calon SPM turut menuduh pihak resort telah membuat perjanjian dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menaikkan resort tersebut.

Menurut salah satu portal media tempatan, pihak resort sudah pun menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan bahawa beliau terkejut apabila membaca komen yang berbaur marah.

Setakat ini, semakan mendapati ulasan berbaur marah di Google Review kini sudah berkurang dan kebanyakan mereka sudah mula meminta maaf di atas kelakukan sebahagian calon SPM yang lain.

- Advertisement -

Di Twitter pulak, netizen memberi reaksi kurang senang dengan sikap para pelajar yang bertindak menyerang pihak resort tersebut.

Reaksi beberapa warga maya

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL