spot_img

Iphone 13 Pro Max Dicuri Wanita Bertudung Hijau, Para Netizen Saran Pemilik Guna Fungsi Find My

- Advertisement -

KES kecurian nampaknya jelas dapat berlaku di mana sahaja meskipun di tempat awam. Kecuaian daripada pemilik terkadang membuatkan individu tidak bertanggungjawab memilih untuk mencuri barangan orang lain tanpa mengira kesusahan yang ditanggung pemilik kelak.

Terbaharu, tular di Twitter menerusi akaun @tatarowk di mana beliau berkongsi rakaman CCTV dari Melawati Mall yang memperlihatkan seorang wanita bertudung hijau gelap secara perlahan-lahan mencuri telefon pintar iPhone 13 Pro Max berwarna emas yang terletak di kaunter restoran berkenaan.

Kes kecurian yang berlaku turut mendesak pemilik iPhone 13 Pro Max ini membuat laporan polis setelah menyedari telefon pintar beliau tidak berada di dalam beg sebaliknya tertinggal di atas kaunter kedai. Beliau juga memaklumkan turut menelefon nombor beliau walau bagaimanapun telah disekat.

- Advertisement -

Lebih menarik perhatian ramai, pemilik turut memaklumkan beliau sangat memerlukan telefon pintar berkenaan bagi urusan melibatkan umrah di mana beliau bakal berlepas pada Ahad ini.

Situasi yang belaku beserta rakaman yang dikongsikan berjaya mendapat perhatian para netizen yang tampil dengan pelbagai respon serta mengecam tindakan tidak bertanggung jawab wanita bertudung hijau berkenaan.

- Advertisement -

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang menyarankan pemilik iPhone berkenaan untuk menggunakan fungsi Find My dalam menjejak lokasi iPhone beliau serta berkongsi di Facebook Groups.

Berdasarkan respon daripada pemilik, beliau telah menggunakan fungsi Find My namun masih lagi gagal menjejak berikutan lokasi iPhone yang bergerak-gerak dan tidak terlalu spesifik.

Diharap menerusi perkongsian video beliau yang tular serta bantuan orang ramai dapat memudahkan urusan beliau dalam mendapatkan semula telefon pintar miliknya serta membolehkan beliau dapat menjalani ibadah umrah dengan lancar.

- Advertisement -

Kemas kini: Menerusi Instagram Stories pemilik iaitu Nalissa Azmee, beliau memaklumkan telah menerima iPhone beliau hasil bantuan media sosial, rakan, keluarga serta pihak polis. Pencuri difahamkan telah ditangkap pada jam 3.30 pagi di mana pencuri berkenaan mengaku mencuri dengan niat untuk menjual.

Mengulas mengenai iPhone yang diterima semula, Nalissa memaklumkan iPhone beliau telah reset sekaligus membuatkan segala data dan dokumen terbaru termasuk dokumen umrah beliau hilang. Kali terakhir beliau membuat backup adalah pada Disember 2021.

Beliau turut memanjat kesyukuran kepada tuhan serta berterima kasih kepada pihak PDRM yang bertungkus-lumus membantu beliau meskipun wabak COVID-19 mencatatkan kes yang tinggi mendapatkan semula iPhone yang sangat diperlukan beliau.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL