spot_img

McGregor Takut Dengan Vladimir Putin Akibat Langgar “Pantang Larang”

- Advertisement -

DIA ditumbuk, ditendang dan dicekik oleh lawan demi wang kemenangan dan telah memperoleh berjuta-juta dalam setiap perlawanan yang dimenangi olehnya. Tiada lawan yang dapat takutkan jaguh UFC ini, tiada lawan yang mampu buat dia gementar. Malah Khabib Nurmagomedov pun belum mampu menewaskan rasa takut Conor McGregor.

Tetapi ada seorang yang berjaya menjentik sedikit rasa takut atlet dari Ireland ini, invididu itu adalah Presiden Rusia Vladimir Putin, lapor LadBible.

Juara UFC itu pernah bertemu Putin di Moscow ketika perlawanan akhir Piala Dunia 2018. Pertemuan mereka dirakam untuk saluran YouTube McGregor ‘TheMacLife’ dan kedua-duanya dilihat berbual ringkas. Mereka kemudian bergambar bersama tetapi McGregor membuat kesilapan dengan meletakkan lengannya di bahu Putin.

- Advertisement -

Salah seorang daripada pegawai keselamatan Putin memberitahu McGregor bahawa tingkah laku itu tidak dibenarkan dan eksperisi muka McGregor ketika mendengar ‘pantang larang’ tersebut mula berubah mendadak. Mereka kemudiannya bergambar dengan cara formal dan kelihatan McGregor mula gugup serta tidak selesa.

Walaupun ada rasa takut, gambar itu tetap di muat naik. Pertemuan dengan Putin itu disiarkan di laman Instagram McGregor yang menggelar Presiden Rusia itu sebagai salah seorang pemimpin terhebat pada zaman ini.

- Advertisement -

“Hari ini saya dijemput ke final Piala Dunia sebagai tetamu Presiden Rusia Vladimir Putin,” tulis McGregor. “Lelaki ini adalah salah seorang pemimpin terhebat pada zaman kita dan saya berbesar hati untuk menghadiri acara penting sebegitu bersamanya. Hari ini adalah satu penghormatan buat saya. Terima kasih dan tahniah atas Piala Dunia yang menakjubkan.”

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL