Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Jahidah Wanita Yang Koma Akibat Dipukul Suami Positif C0VID 19
spot_img

Jahidah Wanita Yang Koma Akibat Dipukul Suami Positif C0VID 19

- Advertisement -

SEREMBAN – Wanita yang koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, disahkan positif COVID-19 selepas sebulan dimasukkan ke hospital kerana demam.

Adiknya, Fauziah, 40, berkata, dia sekeluarga hairan kerana kakaknya itu dijangkiti sedangkan tiada ahli keluarga dibenarkan masuk ke wad berkenaan.

“Pihak hospital memaklumkan kakak dipindahkan ke wad COVID-19 Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban petang semalam.”

- Advertisement -

“Berita ini agak mengejutkan dan kami bimbang lebih-lebih lagi dengan keadaan kakak yang tidak dapat bergerak dan bercakap. Sebelum ini dia juga alami demam dan muntah dan terpaksa terlantar di hospital selama sebulan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Fauziah berkata, apa yang lebih membimbangkan Jahidah belum mengambil vaksin COVID-19, sekali gus wabak berkenaan memberi kesan lebih teruk kepada kakaknya yang memang mengalami kesukaran untuk bernafas.

Artikel Berkaitan: Wanita Hamil Dibelasah Suami Sehingga Sebahagian Tengkorak Kepala Dikeluarkan, Suami Masih Bebas Sehingga Kini

- Advertisement -

“Disebabkan itu pihak hospital memaklumkan yang Jahidah akan dipantau dalam tempoh 10 hari. Jadi kami berserahlah dan harapnya kakak akan pulih,” katanya.

Sementara itu, ditanya cahaya mata Jahidah yang dilahirkan secara pembedahan ketika wanita itu masih koma, Fauziah berkata, J Eshan Nufail yang sudah berusia dua bulan berada dalam keadaan baik namun sedikit meragam semalam berkemungkinan kerana rindu kepada ibunya.

Bagaimanapun katanya, bayi berkenaan tidur lena selepas diselimutkan dengan baju Jahidah.

- Advertisement -

Jahidah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik pada 21 Januari lalu.

Artikel Berkaitan: Rupanya Suami Sempat Curi Cincin Selepas Belasah Isteri Hamil Hingga Koma

Media sebelum ini melaporkan penjawat awam berusia 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei lalu.

Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL