spot_img

Lelaki Ini Cerita Jangan Terjebak Beli Rumah Masa Muda Kerana Agen Hartanah Sorok Banyak Benda

- Advertisement -

APABILA kita sudah melangkah ke alam pekerjaan dan memiliki pendapatan sendiri, kita boleh merancang kewangan supaya dapat diuruskan dengan bijak.

Dari situ mulalah rancangan untuk membeli “harta” apa dahulu bagi kegunaan sendiri. Selalunya anak mudah memilih untuk membeli kereta dahulu bagi memudahkan urusan pergi dan balik kerja.

Memandangkan Malaysia ini mengalami iklim tropika dengan cuaca panas dan lembap setiap tahun, ada baiknya jika kita memiliki kereta sendiri bagi mengelakkan hujan.

- Advertisement -

Jika dilihat kereta adalah sejenis harta yang mempunyai susut nilai yang cepat. Ada yang tidak bersetuju untuk membeli kereta dahulu sewaktu muda.

Segelintir anak muda memilih untuk memiliki rumah dahulu sebelum kereta. Malangnya, kita seolah-olah dimomokkan dengan keperluan membeli rumah pada usia muda. Bahkan kejayaan ramai orang memiliki aset tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi kemahuan kita. Namun siapa mɛnyangka, ejen hartanah sebenarnya ‘menyembunyikan’ beberapa perkara yang enggan didedahkan kepada umum.

Beli rumah sebab terikut orang

Realiti tersebut didedahkan menerusi saudara Iffat Salleh di Twittɛrnya baru-baru ini. Tegasnya, kita tidak seharusnya terpedaya dengan agenda ejen yang seboleh-boleh meyakinkan kita untuk bɛrurusan dengan mereka. Menurut Iffat, perkongsian ini berdasarkan pengalaman pahit sebelum ini meskipun berjaya memiliki 2 buah rumah sebelum umurnya 30 tahun.

- Advertisement -

- Advertisement -

Masa jual, pemaju dan ejen akan tunjuk bright side je

Bukan sahaja soal pengurusan wang, malahan lokasi serta jɛnis tanah rumah juga berisiko memberikan masalah di masa hadapan. Seperti yang dialami ibunya sebelum ini, tanah rumahnya diganggu haiwan perosak dan isu tersebut tidak diselesaikan sehingga kini. Belum lagi masuk bab pemaju yang tidak telus dalam kerja pembinaan. Akhirnya, aset itu akan mengalami kerosakan dengan cepat.

Jangan dengar cakap orang, Buat keputusan sendiri

Perkongsian Iffat hanya hadir dengan satu tujuan iaitu mahu membuka mata masyarakat tentang realiti memiliki rumah di usia muda. Apa yang penting adalah segala macam persediaan dan perkara perlu diambil berat sebelum anak muda membuat keputusan untuk membeli rumah sendiri supaya tidak menghadἀpi penyesalan di kemudian hari.

Apa-apapun, info yang dikongsi oleh saudara Iffat Salleh ini telah membuka mata banyak pihak terutamanya anak muda zaman sekarang. Ingat, beli rumah bukan sekadar ikut trend atau dengar cakap-cakap orang. Anda perlu berfikir banyak kali untuk membeli rumah supaya tidak terbeban di kemudian hari.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL