spot_img

Nooryana Najib Jawab Leissner Hanya Bantunya Dapat Jawatan “Intern” Di London

- Advertisement -

ANAK kepada Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa Najib menjawab spekulasi yang bermain di media sosial sejak semalam.

Berdasarkan kenyataan beliau di Facebook semalam, mendapat pekerjaan di syarikat terkemuka dunia adalah idaman setiap rakan sekelasnya.

Bertemu Roger Ng dan Tim Leissner adalah satu peluang keemasan untuk belajar dengan lebih mendalam tentang Goldman Sachs terutamanya dalam bidang penganalisa program.

- Advertisement -

Beliau juga menyifatkan mereka sebagai profesional perbankan dan mengenali mereka sebagai sebahagian daripada usaha rangkaiannya untuk mendapatkan “pekerjaan yang kompetitif’.

Nooryana mengaku membuat persediaan untuk sesi temu duga di Goldman Sacs tetapi disebabkan Goldman Sacs mempunyai hubungan bisnes dengan kerajaan Malaysia, ia akan mewujudkan conflict of interest.

- Advertisement -

Oleh itu, Nooryana berkata Leissner memperkenalkan beliau kepada TPG, sebuah firma ekuiti persendirian yang bertempat di London. Menurut Nooryana, syarikat itu sesuai dengan bidang yang dipelajarinya dan meneruskan program internship di situ.

“Saya pergi temu duga untuk jawatan penganalisis intern di pejabat TPG London. Ya, seorang pelatih. Ini bermakna kamu berada di bahagian bawah. Selain skop kerja teras anda, anda juga perlu buat kerja rutin harian.”

“Anda ialah gadis PowerPoint, gadis fotostat, gadis kopi dan gadis penghantar dan ini cuma beberapa tugasannya,” katanya.

- Advertisement -

Nooryana menambah dia bekerja 11 bulan sebagai pelatih sebelum dinaikkan pangkat sebagai penganalisis sepenuh masa dan dipindahkan ke TPG Hong Kong.

Pada 22 Feb, Leissner memberitahu Mahkamah Daerah Timur New York bahawa dia dimaklumkan oleh Jho Low bahawa Najib mahu tiga anaknya diberikan pekerjaan di Goldman Sachs.

Bagaimanapun, beliau memberitahu juri bahawa beliau cuma membantu anak perempuan Najib (Nooryana) untuk mendapat pekerjaan di TPG.

Tulisan penuh Najib berkenaan isu ini di Facebook miliknya DI SINI.

menerusi perkongsian Najib Razak semalam, beliau menafikan dakwaan anaknya pernah ditawarkan untuk bekerja ataupun bekerja di Goldman Sachs.

“Anak saya yang pernah bekerja di TPG Capital bukanlah satu rahsia. Jawatannya juga bukan tinggi pun – cuma sebagai investor relations professional,” tulisnya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL