spot_img

Perang Rusia Ke Atas Ukraine, 6 Bandar Dilaporkan Telah Diserang

- Advertisement -

BERMULA dengan sekadar ura-ura diikuti dengan perbincangan, Presiden Rusia, Vladimir Putin pada hari ini telah mengisytihar perang ke atas Ukraine tepat jam 5.45 pagi waktu Rusia diikuti dengan operasi ketenteraan dijalankan ke seluruh timur Ukraine.

Menerusi laporan CNN, Rusia nampaknya tidak menunggu lama dalam melancarkan serangan di mana setakat ini terdapat 6 bandar yang telah diserang Rusia sekarang iaitu Kiev, Odesa, Kharkiv, Kramatorsk, Mykolaiv dan Mariupol.

Rakaman serangan

- Advertisement -

Mengulas dari segi serangan, Rusia dimaklumkan telah menggunakan misil balistik, Multiple Launch Rocket System(MLRS) dan peluru berpandu dalam membedil beberapa buah bandar di Ukraine.

Sementara itu, Senator Marco Rubio, Senator Florida memaklumkan pasukan Rusia akan cuba mengawal lapangan terbang Kiev bagi mengambil alih Ibu Negara berkenaan serangan ke atas Bandar Pelabuhan Mariopol yang berjalan.

Menurut para penganalisis, peperangan yang dijalankan sekaligus memberi amaran kepada pihak Ukraine agar tidak menyertai North Atlantic Treaty Organization (NATO).

- Advertisement -

Setakat artikel ditulis, Rusia dilaporkan sedang aktif melancarkan serangan kepada Ukraine sekaligus memberi kesan besar. Vladimir Putin juga turut memaklumkan mereka tidak berniat untuk menjajah negara berkenaan.

Selain itu, Vladimir Putin turut memberi amaran mana-mana negara yang cuba menghalang operasi ketenteraan mereka bakal mengalami situasi yang ‘belum pernah dilihat dalam sejarah’ sekaligus memberi peringatan kepada pihak Amerika Syarikat yang diketuai presiden Joe Biden.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL