spot_img

Rakaman Ngeri Lihat Keadaan Motosikal Yang Melambung Selepas Rempuh Kereta

- Advertisement -

ORANG ramai masih bercakap-cakap mengenai satu video kemalangan yang berlaku di Kilometer 18.4 Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) melibatkan sebuah kereta dipercayai model Honda Civic dengan dua buah motosikal pada pagi semalam. Video diakhir artikel ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata, kemalangan yang tular di media sosial itu berlaku selepas sebuah kereta menukar laluan dari lorong kiri ke kanan sebelum dilanggar dua buah motosikal.

“Dua buah motosikal dari arah belakang cuba mengelak sebelum hilang kawalan dan telah melanggar dibahagian belakang kereta,” katanya dalam satu kenyataan pada malam semalam.

- Advertisement -

Impak pelanggaran tersebut telah mengakibatkan kereta itu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori yang berada di lorong kiri. Manakala salah seorang penunggang motosikal nyaris dilanggar oleh Honda Civic dan lori semasa kedua-dua kenderaan itu berpusing di atas jalan raya.

- Advertisement -

“Pemandu kereta telah tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Gombak bagi membantu siasatan dan telah membuat laporan pada pukul 1.26 petang.”

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambah Zainal Mohamed lagi.

Manakala kedua-dua penunggang motosikal kini dirawat di Hospital Selayang, lapor Utusan TV.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL