spot_img

Bayi 2 Bulan Kena Jangkitan Pernafasan, Rupanya Angkara Dikucup Saudara Mara

- Advertisement -

KEHADIRAN anak kecil bukan sahaja menggembirakan hati ibu bapa, malah saudara mara yang lain turut sama teruja. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak sedar akan bahana yang menanti jika baby berkenaan sering dikerumun oleh orang lain selain ibu bapanya.

Dimasukkan ke jabatan kecemasan, baby 2 bulan disyaki hidap SARI

Menerusi Facebook, Dr. Redza Zainol berkongsi satu kejadian baru-baru ini apabila seorang bayi berusia 2 bulan dimasukkan ke jabatan kecemasan sebuah pusat perubatan. Apabila diperiksa, pakar berkenaan mengesyaki anak kecil terbabit menghidap SARI (Severe Acute Respiratory Infection) iaitu jangkitan pernafasan yang agak teruk.

- Advertisement -

Terpaksa jalani ujian saringan COVID-19, ibu sabar hadap tangisan anak setiap hari

Mengikut polisi yang ditetapkan oleh pihak atasan, bayi terbabit terpaksa ditempatkan di pusat rawatan isolasi dan perlu menjalani ujian swab COVID-19. Di samping itu, pakar perubatan ini akui kagum dengan kegigihan si ibu kerana hampir setiap hari terpaksa bersabar dengan tangisan anak yang tidak selesa. Mujurlah juga, si kecil berkenaan tidak menghidap COVID-19.

- Advertisement -

Rupanya dikucup orang lain… patutnya biarkan parents sahaja yang uruskan anak masing-masing

Menurut si ibu, bayinya mula mengalami demam panas dan batuk selepas dipegang serta dikucup saudara mara walaupun sudah dilarang. Oleh itu, doktor berkenaan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan perkara sama dan biar sahaja penjaga utama atau ibu bapa yang menguruskan si kecil mereka.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL